gambar: adik ini disembelih oleh tentera Basyar al Asad dalam siri pembunuhan beramai-ramai di Hula, Syria
Allahu rabbi, gambar ini agak sadis, tapi ketahuilah bahawa inilah hakikat antara kekejaman yang berlaku kepada keluarga kita di Syria.
tolong jangan sesekali lupa kepada mereka dalam doa kalian..
حسبى الله ونعم الوكيل
Ini bukan krja manusia. Ini kerja makhluq yg hati dan perasaannya lebih keras dari batu.
Ya Allah, berilah pertolongn pada saudara2 kami . Engkau berjanji bahwa tiada hijab antara doa mereka dan Engkau. Ya Allah, hancrkan lah sehancur- hancrnya pimpinn Basyar Assad dan sekutunya dan tenteranya.
RAKYAT MALAYSIA YANG BERAGAMA ISLAM TOLONGLAH AMBIL TAHU APA YANG TERJADI DI SYRIA
FATWA BUNUH BASHAR AL-ARSSAD PRESIDEN SYRIA
2 pendapat berkaitan isu Syria ni, satu daripada Tan Sri Zainuddin Maidin, bekas Menteri Penerangan dan satu lagi pendapat Syeikh Nasr Farid Washil, bekas Mufti Mesir..so, pendapat mana yang korang akan ikut?…
1. Tan Sri Zainuddin Maidin – Bekas Menteri Penerangan.
Saya sungguh terkejut membaca berita anak-anak Malaysia yang pada keseluruhannya menganggotai pertubuhan atau NGO Islam akan menyertai tunjuk perasaan anti Presiden Syria, Bashar al-Assad yang dirancang akan diadakan di pekarangan kedutaan Syria pada Sabtu ini.
Penganjur perhimpunan itu mempropagandakan lebih 10,000 akan menyertainya dengan tujuan untuk menentang kezaliman presiden itu. Tetapi apakah benar beliau zalim atau pihak yang menyusun ‘Jenayah Hasutan’ dengan berselindung di sebalik ‘Arab Spring’ yang lebih kejam dalam menumpahkan darah rakyat Syria?
Kita tahu Syria adalah sebuah negara yang makmur dan disenangi oleh orang luar, terutamanya pelajar-pelajar dan rakyat kita yang berada di negara itu. Tetapi sejak kebangkitan pemberontakan dalaman dari ‘Jenayah Hasutan’ luar maka kita telah disogokkan dengan hanya berita dari suatu pihak sahaja.
Kita harus menunjukkan kepada dunia bahawa sekalipun kita percaya kepada jalur globalisasi tetapi dalam beberapa hal kita mempunyai pendirian sendiri.
Kita mempunyai maruah sendiri, tidak mudah diperalatkan untuk menyampaikan hasrat kuasa besar untuk matlamat ‘Regime Change’ yang menumpahkan darah tetapi digambarkan sebagai indah dengan istilah ‘Arab Spring’ atau Musim Bunga di dunia Arab.
Tidak mungkin apa yang berlaku terhadap Syria sekarang tidak akan berlaku dalam negara kita untuk tujuan ‘Regime Change’ sekiranya kuasa besar memikirkan ini perlu dilakukan. Bagaimanakah perasaan kita jika dalam suasana tekanan rakyat negara negara sahabat mengadakan tunjuk perasaan menyokong musuh kita?
Jika kita memperlihatkan diri kita mudah dipergunakan untuk matlamat melumpuhkan sebuah negara asing yang bersahabat karib dengan kita, maka ini akan membuka laluan mudah kepada mereka untuk mempergunakan rakyat kita bagi mencapai matlamat roadmap mereka.
Kuasa Besar mempunyai ejen di mana-mana termasuk rakyat mereka di luar negara seperti pelajar-pelajar Syria atau ahli perniagaan mereka di Malaysia dan sebagainya untuk membantu menyempurnakan matlamat terakhir bagi demokrasi mengikut acuan mereka di dunia Arab.
Janganlah kita begitu mudah mengecap Presiden Syria sebagai zalim kerana sebenarnya apa yang berlaku di negara ini adalah ‘Jenayah Hasutan’ Barat yang terancang, tersusun dan kejam yang dijuarai oleh Amerika Syarikat dan Israel dengan dukungan negara-negara Barat.
Matlamat terakhir mereka ialah Iran. Tetapi sebelum Iran, Syria mesti dilumpuhkan seperti mereka lakukan terhadap Tunisia, Libya dan Mesir. Maka akan sempurnalah sebuah kekejaman yang tidak ada taranya yang berselindung di sebalik bunga-bunga berkembang. Sebenarnya ia telah mula berkembang dari Iraq.
Saya hairan bagaimana NGO yang diketuai oleh orang-orang cerdik di negara kita terutama Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPIM), Pertubuhan Jemaah Islam Malaysia (JIM) dan beberapa pertubuhan Islam terlibat dalam penganjuran perhimpunan ini? Ini menggambarkan taraf intelektualiti mereka. Bagaimanapun saya tidak terkejut dengan penglibatan ABIM.
2. SYEIKH NASR FARID WASHIL -ULAMA AL-AZHAR
Ulama di Al-Azhar, lembaga tertinggi di dunia Muslim Sunni, telah mengeluarkan fatwa yang menyeru pembunuhan terhadap Presiden Syria Bashar Al-Assad atas kematian ribuan orang awam dalam penumpasan mematikan terhadap aksi protes anti-rejim.
“Bashar Al-Assad sang pembunuh harus dibunuh,” kata Nasr Farid Washil, bekas Mufti Mesir, di surat khabar milik Parti Kebebasan dan Keadilan pada hari Rabu lalu, 14 Mac.“Dia (Assad) yang melepaskan peluru melawan rakyatnya sendiri harus dikutuk dan seorang penjahat perang yang wajib dihukum.”
Lebih dari 8.000 rakyat Syria telah tewas dalam aksi protes menuntut diakhirinya 11-tahun pemerintahan Assad oleh tindakan keras mematikan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan Assad.
Para ulama Al-Azhar sepakat menyeru pembunuhan Assad berkaitan atas pertumpahan darah warga awam yang terjadi setiap hari di Syria.
“Membunuh Bashar Al-Assad adalah suatu kemestian setelah ia menumpahkan darah rakyatnya dan memperkosa para wanita mereka sendiri,” kata Dr Hasyim Islam, seorang ahli jawatankuasa Fatwa Al-Azhar.
Dia menekankan bahawa Islam melarang pembunuhan manusia tanpa alasan yang syar’i.
“Kejahatan yang dilakukan oleh Bashar Al-Assad sang pembunuh dilarang oleh Islam dan tindakannya itu tidak akan mewujudkan keselamatan,” tegasnya.
Syaikh Abdul-Munim Al-Bari, bekas pimpinan front ulama Al-Azhar juga setuju dengan fatwa Assad wajib dibunuh.
“Presiden Syria Bashar Al-Assad harus dibunuh kerana membantu pembunuhan brutal yang dilakukan terhadap orang awam di Syria,” ujarnya.
Al-Bari, yang juga bekas ahli jawatankuasa Fatwa Al-Azhar, mengatakan bahawa kejahatan Assad melanggar semua norma agama dan manusia.
“Dia layak mendapat hukuman dengan cepat.”
p/s: Satu dunia mengutuk kekejaman rejim pimpinan Bashar al-Assad, ada juga terselit ‘orang cerdik’ yang nak berbeza pendapat.
Read more: http://www.nescafeais.com
No comments:
Post a Comment