29.1.12

TAJ MAHAL MULA SENGET

Sapa buka buletin utama malam tadi? alaaaa....kalo ye pun boikot jgn la tak tengok terus...ekekeke.
Ada satu laporan menarik pasal Taj Mahal yang dikatakan telah senget sedikit. Satu daripada 4 menaranya telah senget sebanyak 4 sentimeter.


Ia dikatakan berpunca daripada Sungai Yamuna, yang kekeringan air.

Keadaan itu sekaligus menjejaskan air bawah tanah dan memberi kesan kepada struktur menara berkenaan.

Asas binaannya bergantung atas andas kayu jati yang tidak reput dalam air.

Teknologi berkenaan menjadikan taj mahal kalis gempa. 

Semua menara berkenaan dibina di empat penjuru bagi mengimbangi berat bangunan ini.

Kajian Jabatan Alam Sekitar Universiti Agra juga mendakwa, fenomena yang sama turut menyebabkan keretakan.

Sejak tiga dekad lalu, salah satu menara berkenaan dilaporkan senget 3.57 sentimeter, bagaimanapun ia tidak menjejaskan struktur ketinggianya.

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...