Macam mana nak jadikan ia senaskah novel? tolonggggg....!!!!

By
Advertisement
Bagai nak pecah dadaku....jantung berdegup laju....nafas seakan tak keruan lagi...jasad rasa sejuk menggigil....

Pertama kalinya mendapat tahu yang suami yang ku sanjung, yang ku taati dan ku hormati rupa-rupanya mempunyai kekasih gelap. Dunia seakan berhenti berputar...

Ahhh...benarlah sangkaan ku...suami ku yang baik, begitu menghormati orang, begitu terdidik dengan adab sopan, yang mementingkan keluarga rupanya bukanlah sebaik malaikat...kalau sebelum ini aku selalu  mengusik, meneka-neka dalam kesamaran yang dia ada perempuan lain nyata serkap ku benar belaka. Betapa pandainya dia menipuku dan anak-anak. Benarlah...lelaki itu tetap lelaki...mana puas dengan seorang perempuan...walau umur semakin meningkat tapi hati masih belum puas untuk mengecapi nikmat dunia...masih leka mencari hiburan di luar...tak peduli pada halal haram...tak peduli pada malaikat yang sentiasa mengekori dan mencatat setiap dosa-dosa...tak takut pada Allah yang melihat setiap apa yang diperbuat...

Tapi Allah itu tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa....Allah yang pengasih tak pernah meninggalkan aku terkapar-kapar sendirian...ketika suamiku hidup dalam kepura-puraan Allah tunjukkan padaku satu kebenaran...Allah yang maha besar menyingkap tabir penipuan seorang suami yang kutaati dengan sepenuh hatiku. Satu persatu tirai kepalsuan  terselak. 


(berenti dulu...nnt sambung lagi eeeyyyy)

ps: orang lain tulis novel sebab memang ada bakat...ada minat tapi aku tulis novel (kononnnnnn) sebab nak kaya.....tu pasal la tak jadi2....ahaksss.....

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.