Peninggalan menakjubkan dari kaum terlaknat

By
Advertisement
Thamud (bahasa Arab: ثمود) adalah suku kaum kuno berbangsa Arab yang diperkirakan hidup sekitar era millenium pertama sebelum Masihi. Mereka dikatakan berasal dari wilayah Arabia selatan yang kemudiannya berhijrah menuju ke wilayah Arabia utara. Mereka kemudian menetap di Gunung Athlab, Mada'in Saleh. 

Sejumlah besar kaum Thamud merupakan pengukir dan pemahat bukit yang baik. Ukiran dan pahatan mereka hingga saat ini dapat ditemui di Gunung Athlab dan hampir seluruh Arab bahagian tengah ke utara

Thamud dalam Al-Quran

Dalam Al-Quran Tsamud disebut sebanyak 26 kali baik dalam bentuk kata yang berdiri sendiri mahupun untuk menunjukkan kaum. Thamud merupakan sekelompok kaum bagi Nabi & Rasul yang bernama Nabi Saleh a.s. Nabi Saleh merupakan seorang yang sekaum dengan kaum Thamud dan diutuskan oleh Allah untuk kaum tersebut Al-Qur'an menggambarkan Kaum Thamud adalah kaum yang berkuasa setelah kaum 'Ad yang mahir dan rajin dalam memahat bukit untuk dijadikan tempat tinggal. Selain itu, Thamud juga digambarkan sebagai kota yang aman, yang terdapat sumber air mata air dan banyak kebun dan ladang, dan juga pepohonan seperti kurma. Dalam narasi Al-Qur'an, kaum Thamud termasuk kaum yang mendustakan Nabi, sehingga kaum tersebut dibinasakan dengan gempa bumi yang dahsyat.

Thamud dalam Hadis
Abdullah ibn Umar (ca. 614–693) meriwayatkan apabila Nabi Muhammad melintasi rumah-rumah kaum Thamud dalam perjalanan baginda menuju ke Perang Tabuk, baginda telah berhenti bersama-sama dengan pengikut disana. Para pengikut telah memuatkan air dari telaga/perigi daripada apa yang digunakan oleh kaum Thamud untuk minum. Mereka menyiapkan doh mereka (untuk dibakar) dan mengisi kulit-kulit air mereka darinya (air dari telaga tersebut). Nabi Muhammad telah mengarahkan mereka (pengikut baginda) untuk mengosongkan kulit-kulit air dan memberikan doh yang telah disiapkan kepada unta-unta. Lalu baginda bergerak bersama mereka sehinggalah mereka berhenti di suatu perigi dari apa yang digunakan untuk unta betina Nabi Saleh a.s. dijadikan minuman. Baginda (Nabi Muhammad) telah memberi amaran agar menjauhi dan tidak memasuki dalam golongan masyarakat yang telah dihukum, bersabda (baginda); "Saya takut bahawa anda mungkin akan terpengaruh oleh apa yang menimpa mereka, jadi jangan masuk menemui mereka.

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.