18.1.12

Khoo Kay Kim - Hang Li Po, Hang Tuah Tak Pernah Wujud




Hang Li Po dan Hang Tuah Lima Bersaudara tak pernah wujud, bagaimana begitu? Maksudnya selama beratus tahun kita ditipu sejarah [dongeng]? Tak pasal-pasal otak kita disumbat dengan Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu serta Hang Li Po dan Puteri Gunung Ledang.

Professor Sejarah terkenal Prof. Tan Sri Khoo Kay Kim yang juga Canselor Kolej KDU berkata Hang Li Po dan kelima-lima pahlawan negeri Melaka itu tidak pernah wujud semasa ditemubual sebuah stesen radio tempatan, Business Radio Station (BFM).
Free Malaysia Today melaporkan, kenyataan Khoo Kay Kim bersandarkan kepada penulisan dari dua ahli sejarah Barat dan satu rekod sejarah oleh tokoh sejarawan terkemuka, Wang Gung Wu tentang hal ini. Rekod ahli-ahli sejarah tersebut, Dinasti Ming tidak pernah menyebut atau menulis watak pahlawan-pahlawan Melaka yang terkenal sejak zaman dahulu.
“Sejarah mestilah berdasarkan rekod yang empirikal dan tepat, dan ahli-ahli sejarah hanya perlu menerima rekod bertulis yang sahih, ” katanya.
Selain itu, Kay Kim juga menyatakan tiada bukti kukuh dalam rekod-rekod Malaysia menyatakan kewujudan lima pahlawan Hang tersebut.
“Tidak ada bukti dalam rekod-rekod Malaysia dan ini adalah cerita saja. Pencerita-pencerita sejarah menceritakan semula sejarah ini berdasarkan ‘cerita’ dan bukannya bukti,” tambahnya.
Kay Kim juga memberitahu FMT bahawa terdapat khabar angin bahawa kerajaan Melaka telah diasaskan pada tahun 1292 walaupun terdapat rekod-rekod membuktikan bahawa ia ditubuhkan pada abad ke-15.
Beliau menambah, kerajaan telah mengarahkan jawatankuasa sukatan pelajaran melalui sukatan pelajaran sejarah sekolah untuk membetulkan kesilapan-kesilapan seperti yang beliau dakwa. Sukatan pelajaran ini bagaimanapun hanya akan diperkenalkan pada tahun 2014 .
Sejarah Melayu negeri Melaka menyebut Puteri Hang Li Po yang berasal dari negara China merupakan isteri yang kelima bagi Sultan Mansur Shah, Sultan Melaka yang telah memerintah dari tahun 1456 hingga tahun 1477. Terdapat cerita legenda pahlawan Melaka yang terdiri daripada lima sahabat iaitu, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu.
Sebenar ‘Hang’ hanya wujud di Kedah, Perlis dan Penang!!! Itulah sejarah sebenar.
ps: aduh fenin...fenin....tak lama dahulu ada seorang prof. kata Malaysia tak pernah dijajah.....ni lima hang bersaudara tak wujud pula....lepas ni apa pula ekkk

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...