Saya Tamatkan Isu Wardina Hari Ini- rbf

By
Advertisement
patutlah tak boleh buka link blog ni...rupa-rupanya pemiliknya telah menarik balik n3 tersebut. 
baguslah.....boleh ambil pengajaran dari kejadian nih....jgn la suka-suka nak tuduh orang yang ditimpa musibah tu sebagai mengada2, nak glamor, berlakon la dah ntah apa2. manala tau suatu hari nnt musibah tu menimpa pada diri kita atau keluarga kita dan orang kata kita saja2 berlakon nak raih popularati.....haaaa amacam?


okey now penulis blog tu dah minta maaf...boleh baca kat bawah nih yeeee.......:)

Atas dasar menghormati nasihat seorang pemimpin besar yang sampai ke pengetahuan saya melalui khalifah-khalifahnya, maka dengan ini saya tidak berhasrat untuk memanjangkan lagi tulisan saya berhubung kes pecah rumah dan samun yang menimpa Wardina dan keluarganya.

Saya juga telah mengeluarkan tulisan-tulisan yang saya tulis sebelum ini berhubung persoalan-persoalan yang saya timbulkan. Tujuannya agar ianya tidak terus menjadi perdebatan di ruangan komen yang boleh mengeruhkan keadaan.

Ada komen yang menyokong saya, ada komen yang menyokong Wardina, Apabila dibiarkan berterusan ianya menjadi perdebatan hingga meleret-leret,  dan keluarlah komen-komen yang menggunakan bahasa tidak sopan serta macam-macam cerita lain yang tidak ada kena mengena.

Sepertimana yang saya jelaskan semalam ,kejadian yang menimpa Wardina benar-benar berlaku dan bukannya lakonan atau dirancang. 

Saya tamatkan isu tersebut disini dan sekali lagi saya mohon maaf kepada Wardina dan suaminya.

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.