25.1.12

KEMPEN Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam?

Kempen ‘Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam’ rendahkan martabat Nabi Muhammad, tegas Muslimat PAS



KUALA LUMPUR, 25 Jan — Dewan Muslimat PAS menyelar kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” yang dilancarkan Kelab Taat Suami sambil menegaskan “Islam tidak menjadikan seks sebagai agenda utama.”
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusoff berkata Kelab Taat Suami Malaysia pimpinan Fauziah Ariffin sepatutnya menggunakan kelebihan lain Nabi Muhammad berbanding kehidupan seks.
Justeru beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang meragui matlamat sebenar Kelab Taat Suami itu.
“Kalau kita lihat dari sudut Islam, bagaimana Islam mengangkat hubungan suci suami isteri tetapi seks bukan agenda utama sebaliknya menjaga keturunan adalah yang paling penting.
“Jadi sempena kelahiran Nabi Muhammad seharusnya kita bersyukurnya dan melihat bagaimana kelahiran Nabi Muhammad ini sebagai penyuluh seluruh alam,” kata Siti Zailah.
Tegas beliau, menjadi kehidupan seks sebagai agenda utama Islam adalah tidak wajar kerana banyak lagi aspek lain yang menjadi keutamaan menambah “seks hanya sebahagian daripada kehidupan manusia.”
“Islam datang dengan rahmat, bukan meletakkan agenda seks dan nafsu sebagai agenda utama tetapi bagaimana meletakkan ketinggian maruah manusia, saya tidak setuju bila letakkan seks sebagai agenda utama.
“Seks hanya satu suntikan yang kita disyorkan mengikut naluri semula jadi yang ada dalam diri manusia sesuai dengan syarak,” katanya dengan nada terkejut.
Justeru Siti Zailah menasihatkan Kelab Taat Suami kembali kepada ajaran Islam dan mengangkat martabat Rasulullah di kedudukan sebenar.
“Bagi saya kelab ini patut kembali kepada ajaran Islam, mereka perlu nilai balik apa agenda mereka.
“Kalau gelarkan Rasulullah sebagai tokoh seks seolah-oleh meletakkan Rasulullah di tempat yang tidak selayaknya, perkahwinan bukan semata-mata kerana seks dan saya sangat tidak bersetuju kerana ada banyak lagi perkara lain yang boleh diperbesarkan,” katanya.
Kelab Taat Suami pagi ini melancarkan kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.
Kempen selama 12 hari itu (bermula hari ini) adalah untuk meraikan kelahiran Nabi Muhammad pada 5 Februari depan atau 12 Rabiul Awal mengikut kalendar Islam.
Menurut Presiden Kelab Taat Suami Malaysia Fauziah, kempen itu diadakan bagi mengajak umat Islam terutamanya pasangan suami isteri untuk mengamalkan kehidupan Rasulullah.
Beliau berkata ramai “umat Islam sudah terlalu jauh dengan Rasulullah.”

http://www.themalaysianinsider
baca bawah  ni pula



Disebalik kontroversi buku panduan seks, Kelab Taat Suami hari ini melancarkan kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Kempen selama 12 hari itu (bermula hari ini) adalah untuk meraikan kelahiran  Nabi Muhammad pada 5 Februari depan atau 12 Rabiul Awal mengikut kalendar Islam.

Menurut Presiden Kelab Taat Suami Malaysia Fauziah Ariffin, kempen itu diadakan bagi mengajak umat Islam terutamanya pasangan suami isteri untuk mengamalkan kehidupan Rasulullah.

Beliau berkata ramai “umat Islam sudah terlalu jauh dengan Rasulullah.”
“Sudah tentu ikutan (Rasulullah) menjadi panduan dan ia termasuk aspek ibadah keluarga bahkan termasuk dalam kehidupan seks. Tentu bila sebut tentang hal seks suci ramai yang terlupa tentang hal yang terangkum dalam hal suami isteri, sesuatu yang kita lakukan hari-hari.
“Dalam kehidupan biasa ia bukan sesuatu yang kontroversi tapi kita sudah terlalu jauh dengan Rasulullah, jadi kita mahu mengajak umat Islam mendokong melaksanakan kehidupan Islam yang sebenar tambahan kalau kita lihat banyak gejala tidak sihat yang berlaku sekarang,” katanya pada sidang media selepas pelancaran kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” di Pusat Perdagangan Pelangi, Damansara di sini.

Jelas Fauziah, sekiranya umat Islam melaksanakan kehidupan dengan berlandasakan prinsip Islam segala gejala homoseksual dapat dielakkan.
“Kalau kita lihat sekarang secara terang-terangan lelaki berkahwin sesama lelaki dan wanita berkahwin sesama wanita,” jawabnya.
Terlebih dahulu dalam ucapan perasmiannya, Fauziah berkata Islam membenarkan hubungan seks dilakukan namun ia mesti “seks suci” antara suami isteri.

“Seks dibenarkan asal ada batasnya, bukan seperti gay yang memaparkan seks yang tidak sepatutnya dan melanggar batas norma, juga tidak melakukan seks bebas yang melanggar perintah Tuhan.
“Kami berasa tanggungjawab untuk mengajak umat Islam melaksanakan kehidupan Islam, suami adalah pemimpin dan isteri adalah pengikut tapi nampaknya umat kita sudah gagal,” katanya.
Sebelum ini Kelab Taat Suami menerbitkan buku panduan seks bertajuk  “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia.”

Namun Kementerian Dalam Negeri mengharamkan buku panduan seks itu.
Buku itu dilaporkan mengulas mengenai seks suami isteri secara terperinci.
Buku 115 muka surat yang dikatakan panduan kepada isteri dan pengantin baru untuk melayan suami di ranjang.



ps: Rasulullah tokoh seks? Tak ada lagi ke benda lain yang nak di angkat oleh puak2 nih....aduhaiiiii

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...