Tengok berita tak malam tadi? Ribut magnet atau ribut geomagnetic bakal melanda bumi pada bila bila masa saja.
Pada Ahad lepas (22 januari 2012) matahari telah mengeluarkan ribut magnatetic dan akan menyebabkan gangguan kepada satelit di bumi dan gangguan elektrik. Bumi hampir dengan matahari jadi kesannya akan dapat dirasai, walaupun begitu ribut magnet ni tidak bahaya kerana hanya terjadi dalam skala 3 (daripada 5).
Masalah dan kesan dari ribut magnet
Ribut magnet yang melanda ni dikatakan paling kuat sejak 6 tahun, tetapi sinaran itu dijangka akan menyebabkan hanya masalah kecil dengan satelit, dan grid kuasa.
Seorng ahli fizik memberitahu di ABC news yang orang ramai tidak perlu bimbang tentang radiasi yang berbahaya.
Medan magnet di sekeliling Bumi melindungi kita. Itu salah satu daripada kelebihan Bumi. Ribut geomagnetic dijangka berlangsung selama satu hari.
Tenaga magnet ini boleh mengganggu komunikasi radio frekuensi tinggi yang digunakan oleh syarikat-syarikat penerbangan untuk mengemudi pesawat berhampiran dengan Kutub Utara, dalam penerbangan di antara Amerika Utara, Eropah dan Asia, jadi sesetengah laluan perlu diubah.
Ramalan cuaca di angkasa
Kecoh bumi dilanda kiamat 2012
Memang kecoh pasal cerita2 bumi akan dilanda kiamat pada tahun 2012.. Semuanya kerana ramalan berlaku ribut di matahari.
Menurut laporan website British “New Scientist”, maksud dari ribut matahari atau solar storm adalah tentang kegiatan letupan yang berlaku di matahari atau sunspot.
Selalunya akan berlaku setiap 11 tahun. Para saintis Amerika baru-baru ini meramalkan yang tahun 2012 bumi akan mengalami ribut matahari yang dahsyat atau dikenali Solar Blast.
Namun sebagai umat islam kita tak perlu percaya dengan ramalan sebegini. Tentang bila dan masa akan datang hari kiamat hanya Allah yang Maha Mengetahui, tidak ada sesiapa pun tahu mengenai hal tersebut.
Sebagaimana yang disebutkan dalam ayat-ayat Al Quran dan hadis nabi Muhammad s.a.w yang sahih.
Allah berfirman:
Allah berfirman:
“ Mereka bertanya kepadamu tentang Kiamat: ‘Kapankah terjadinya.’ Katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan tentang hari Kiamat itu adalah pada sisi Rabb-ku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.’ Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan tentang hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. ” (Al-A’raaf: 18
mari kita sama sama berdoa agar tidak ada perkara buruk berlaku, berlindung dengan Allah
wassalam
mari kita sama sama berdoa agar tidak ada perkara buruk berlaku, berlindung dengan Allah
wassalam
No comments:
Post a Comment