17.1.12

Blogger PAPAGOMO & PARPUKARI masing-masing disaman 10 juta

Penulis blog pro-Umno hadapi saman fitnah RM10j

Penulis blog pro-Umno Papagomo dan Parpukari menghadapi tuntutan saman sehingga RM10 juta setiap seorang kerana didakwa memfitnah ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor.

Abdul Razak melalui firma guaman Netto & Co pada 3 Januari lalu mengeluarkan surat tuntutan ke atas kedua-dua mereka dan juga satu notis tuntutan yang disiarkan pada akhbar utama Sabtu lalu.

Ketika dihubungi, peguam Abdul Razak, - Ruben Netto berkata anak guamnya itu terpaksa menggunakan notis awam kerana beliau tidak mempunyai cara lain untuk membela dirinya.

"Apabila kita menghadap seorang hakim, kita mahu mengatakan bahawa kita telah melakukan segala-galanya yang terdaya untuk mengenal pasti penulis blog itu," katanya.

Notis berkenaan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog Papagomo dan Mohamad Salim Iskandar sebagai pemilik blog Parpukari.




Abdul Razak mendakwa bahawa Papagomo melalui posting di blog pada 11 Disember tahun lalu dan Parpukari melalui posting pada 4 Disember dan 12 Disember tahun lalu telah memfitnah dirinya.

"Mereka memfitnah anak guam saya dengan memanggilnya penyanggak dan menuduhnya menipu kerajaan serta bersekongkol dengan pembangkang dan melabelnya sebagai tidak tahu bersyukur kepada Umno," kata Netto.

Bukan kali pertama

Menurutnya tuntutan RM10 juta daripada setiap mereka itu adalah wajar dan menambah Abdul Razak adalah pemegang lesen telekomunikasi yang berhubungan dengan perkhidmatan jalur lebar dan satelit dengan kerjasama dari Telekom Malaysia.

"Beliau membekalkan rakyat negara ini dengan perkhidmatan jalur lebar melalui kerjasama dengan Telekom Malaysia, beliau adalah orang yang agak berpengaruh dari segi perkhidmatan yang ditawarkan itu.

"Tetapi dengan artikel-artikel yang berbaur fitnah ini, bank-bank dan Telekom memanggil anak guaman saya dan menuntut jawapan berhubung apa yang sedang berlaku," katanya.

Netto berkata beliau dimaklumkan bahawa Papagomo telah menemui dengan beberapa penulis blog lain dan meminta nasihat bagaimana mengendalikan saman berkenaan manakala Parpukari setakat ini mengabaikan notis undang-undang itu.

"Jika menjelang akhir minggu, mereka tidak menunjukkan sebarang keikhlasan secara bertulis atau mahu berunding, maka mereka akan memaksa kami untuk memfailkan tindakan di mahkamah," katanya.

Selain daripada ganti rugi, mengikut surat yang dihantar on 3 Januari lalu, Abdul Razak menuntut untuk kedua-dua mereka untuk menarik balik dakwaan mereka dari blog mereka serta membuat permohonan maaf.

Jika tiada reaksi dari penulis blog berkenaan, Netto menambah, saman akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seawal Jumaat ini ataupun paling lewat pada awal minggu depan.

Papagomo sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi, termasuk mendakwa anak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meramas buah dada rakan pelajar perempuan tetapi dakwaan itu akhirnya terbukti tidak benar. -mk

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...