BERCINTA dengan suami orang memang banyak manisnya, maklum orang ada pengalaman, pandai ambil hati dan memang pakar memujuk rayu. Ini cerita dari pengalaman Ainesofia dalam e-melnya dan ketika kami berbual panjang di telefon baru-baru ini.
‘‘Biar apa pun orang kata tentang keburukannya, saya tidak percaya, selagi tidak terkena batang hidung sendiri, baru saya tahu betapa jahatnya hati lelaki bergelar suami orang ini. Dia bukan saja menganiaya saya, malah hati dan puluhan ribu ringgit duit isterinya sendiri. Tapi semua itu dia tidak peduli asalkan hajati tercapai.
‘‘Lebih sepuluh tahun saya jadi kekasih gelapnya. Biarpun kami tinggal berjauhan saya di utara dia di Terengganu, tetapi saya sering dibawa menemaninya di hotel apabila dia bermesyuarat. Tak kiralah betul-betul mesyuarat atau pembohongannya. Tetapi yang pasti saya jadi “isterinya” selama dua atau tiga hari. Samada di utara, KL, Perak atau di mana saja.
‘‘Saya berusia hampir 40 tahun ketika mengenalinya, kebetulan tengah kesunyian selepas kematian suami, jadi komputerlah tempat saya mencurahkan isi hati melalui laman chatting. Di situ saya kenal Emjay yang ketika itu berusia lebih 40 tahun yang bertugas di sebuah pusat pengajian tinggi di Dungun.
‘‘Bermula dengan menasihatkan saya kerana saya ada dua orang anak. Akhirnya saya jatuh cinta dengan kebaikan dan kelembutannya pandai memujuk rayu apabila bertemu. Orangnya pemalu dan pendiam, tak banyak cakap kecuali menasihat. Namun Emjay pandai ambil hati saya. Sesiapa yang pernah kenal dan berjumpa dengannya tidak akan percaya dia buruk perangai kerana wajah syurga dan sentiasa senyum.
‘‘Saya rasa isterinya pun mungkin tidak tahu perangainya sebenar, kalau tidak takkan dia sanggup membiayai perbelanjaan Emjay belajar ambil diploma hinggalah dapat ijazah. Isterinya juga jadi penjamin dia buat pinjaman Bank Rakyat.
‘‘Tentu pembaca bertanya mengapa saya sanggup menunggu begitu lama? Sebenarnya sudah banyak kali saya nak tinggalkan dia kerana tak sanggup menunggu lama janji nak berkahwin tetapi tak jadi. Tetapi dia memujuk dan merayu, lepas dapat diploma dan naik pangkat nanti dia akan ambil saya jadi isteri.
‘‘Namun lepas diploma dia minta tangguh lagi katanya nak ambil ijazah pula. Begitulah dia bodohkan saya supaya tunggu dia. Hingga saya tolak lamaran lelaki lain.
‘‘Saya dah penat menunggu dan melayan nafsunya. Anak-anak yang dulu cuma bersekolah menengah kini dah habis universiti dan bekerja. Saya jadi malu pada diri sendiri dan anak-anak untuk jadi teman tidurnya. Biarpun anak-anak tak tahu saya pergi jumpa dia. Tapi saya malu dan takut kepada Allah tambahan usia dah dekat 50 tahun.
‘‘Perubahan itu saya mula sedar kerana dia tak mahu chatting dan telefon saya lagi. Dunia saya sunyi dan saya tertanya-tanya apa dah jadi. Tidak menjawab panggilan saya, bukan perkara biasa, dia tak pernah hampakan saya. Setelah beberapa hari mencuba akhirnya dia jawab. Dia minta maaf tak dapat kahwin dengan saya.
‘‘Keraguan saya akhirnya terjawab. Dia mahu putuskan hubungan. Alasannya dia bencikan saya kerana suka mendesak dia ajak kahwin. Dia bosan, dia tidak bersedia berpoligami, dan dia tidak mahu saya hubungai dia lagi.
‘‘Bayangkan hubungan kami lebih sepuluh tahun jadi kekasih gelapnya terputus begitu sahaja semata-mata kerana saya menolak tidak mahu melayan nafsu buasnya. Muka saja macam orang baik-baik tapi hati dan perangai macam setan.
‘‘Secara peribadi saya memang sedih. Saya dibuang macam sampah semata-mata kerana dia dah jumpa orang baru. Rupanya semasa kami berkawan pun dia ada beberapa teman wanita lain. Sebab itulah dia mengelak setiap kali saya ajak kahwin. Dulu kata ambil diploma, lepas tu ijazah sekarang sibuk nak ambil PhD. Dan setiap kali dia kata sambung belajar dia suruh saya tunggu lepas lulus baru kahwin.
‘‘Dalam Internet dia guna banyak nama samaran seperti Emjay, deeface, irzafr... itu nama-nama yang dapat saya kesan dari bacaan saya tentang tulisannya. Maklum kami dah kawan lebih sepuluh tahun, saya tahu gaya bahasanya, dan cara penipuannya. Dengan nama samaran itulah dia menggoda beberapa orang wanita.
‘‘Mulanya saya tak sedar dia menyamar dalam Internet hinggalah saya ditinggalkan. Bila saya cari dia baru saya nampak nama-nama tersebut setelah saya baca dan ikuti lenggok bahasanya. Dan saya tahu dia sedang mengayat dua orang wanita sekali gus.
‘‘Saya sendiri setelah ditinggalkan baru sedar dibohongi. Dulu apa juga katanya saya percaya, kerana dia pandai memujuk dan merayu. Tapi dia mengelak setiap kali saya ajak kahwin. Dia pernah ajak saya nikah di Thailand, bila saya setuju setelah saya bertanya cara yang betul dan apa patut saya buat setelah nikah di sempadan dengan pejabat agama, dia pula gelabah. Dia minta tangguh lagi sampai dapat naik pangkat lagi besar.
‘‘Emjay memang panjang akal kalau tidak masakan dia boleh tipu isterinya, tanpa rasa malu pada anak-anak yang telah dewasa, sudah bekerja, dan akan berkahwin. Dia sanggup tipu isterinya beribu-ribu ringgit semata-mata untuk memuaskan nafsu dengan wanita lain. Sedangkan isterinya berhempas pulas memerah tenaga mencari wang untuk dia dan tanggung anak-anak.
‘‘Kepada isteri Emjay yang sibuk bisnes, saya mohon maaf selama lebih sepuluh tahun bersama suami anda. Kepada isteri yang sibuk bekerja, pantau kegilaann suami anda. Biasanya suami sibuk dengan laptop bila isteri sibuk bekerja, tiada di rumah atau sedang nyenyak tidur. Ini pengalaman saya.’’ Demikian cerita Ainesofia tentang percintaannya dengan suami orang.
Okey...cerita atas tu aku ambik dr blog scaniaz. tak taulah itu kisah benar atau rekaan tapi mcm best pulak nak kongsikan kat sini.
Sebenarnya aku pun tak paham kenapa perempuan ni sanggup jadi kekasih gelap aka perempuan simpanan kepada lelaki yang ada isteri dan anak-anak. BODOH dan JAHIL sangat. Istilah sekarang SANGAP!!!! Eeeuuuwwww.......
Yang aku lagi tak paham lelaki yang tak berduit sangat pun, yg gaji cukup2 makan pun ada gak bela perempuan simpanan nih... BEDEBAHHHH sungguh. Bela la hantu raya ke, toyol ke ada gak pekdah. (yg ni jokes okey).
Apa best sangat jadi kekasih gelap ni ekkk?
1- Ada orang tolong bagi makan (kompom tak kelaparan)
2- Ada la tempat nak lampias nafsu (walaupun terpaksa kongsi tutttt dengan isteri lelaki tuh)
3- Harap2 nnt bila lelaki tu asik gaduh je ngan bini dia bila skandal terbongkar dan lelaki tuh bosan dan ceraikan bini dia...ada can la kawin dengan lelaki tuh...(takpe la walau tunggu 10 tahun pun)
4- apa je la yg ko rasa ko betul sebab ko pun bukan takut dosa buat maksiat nih.... (tak kisah pun runtuhkan rumahtangga org).
kepada isteri yang teraniaya tuh...tak payah lah buang masa nak gi carik kekasih gelap suami korang. Percaya dan yakin je pada Allah. Berdoa supaya Allah binasakan orang yang nak meruntuhkan masjid yang korang bina. Percaya dengan mukjizat Al-quran.
RAHSIA MUKJIZAT AL QURAN
Mari kita bertafakur, Dengan penuh keyakinan, fahami terjemahan dan
maksud surah Al-Fil.............
Bacakan surah tersebut dibibir dengan hati mengingati peristiwa kehancuran tentera Bergajah.
KEMUDIAN BERDOALAH BEGINI:-
"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung
ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka aku memohon kepada mu
Ya Allah........ turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang yang ingin meruntuhkan rumahtangga/keluarga ku..........(mintalah dengan sungguh)
amin...." (kemudian dibaca surah Al Fil sambil - dengan Izin Allah)
InsyaAllah sesungguhnya Allah maha pemurah lagi mengasihani, mendengar doa kita.
Yakinlah doa isteri yang teraniaya itu tidak ada hijab.
No comments:
Post a Comment