18.1.12

Kasihan Wardina- Dah dirompak, di fitnah pula

Kisah Wardina yang rumahnya dipecah masuk rupa-rupanya tidak habis begitu sahaja. Ada juga orang yang busuk hati menuduh beliau dengan tuduhan yang tidak sewajarnya. 
Di bawah ni ada kopi dan pastanya dan korang bolehlah baca dan nilai sendiri. 


Komen jiran Wardina Safiyyah OfficialPage : "Saya jiran Wardina yg menziarahi beliau pada hari tersebut. Selepas kejadian, Wardina menumpang di rumah jiran sebelah rumah beliau sementara menunggu polis menyiasat rumah beliau. 
Wardina menggunakan komputer riba yg diletakkan diatas meja yg disediakan oleh jiran beliau itu. Saya sendiri juga memberi pinjam telefon bimbit utk kegunaan Wardina buat sementara waktu hingga beliau dapat memyelesaikan masalah beliau. Kami jiran jiran yg prihatin dan simpati pada beliau. Kejadian itu boleh berlaku pada kami juga. Kami saling bantu membantu. Kepada yang memfitnah Wardina, takutlah anda dengan balasan Allah kelak."

rujuk : https://www.facebook.com/Kamibencisaifulbukhari/posts/324629784226790?ref=notif&notif_t=share_comment





Fitnah Faisal, Blogger UMNO  : "Orang kena samun dan trauma masih boleh pinjam komputer jiran untuk bertwitter ? Logikkah ? Untuk tujuan apakah dia amat-amat memerlukan menghebahkan berita tersebut melalui twitter disaat dia dan keluarga sedang trauma ? Kenapa dia tidak menunggu selepas keadaan tenang dan trauma telah pulih ? Sanggup pinjam komputer jiran untuk tweet berita tersebut.... Tidakkah itu tujuan untuk menagih simpati dan seterusnya meraih populariti ?" rujuk : http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2012/01/wardina-disamun-benar-atau-lakonan.html



rujuk sini

Fitnah Puteri UMNO : "Apakah sebenar yang mahu disampaikan oleh Wardina, hidup di Kuala Lumpur sekarang tidak selamat. Kerajaan sekarang gagal jaga keselamatan rakyat.Dia juga berkata dalam twitternya sekarang banyak rompak dan minta rakyat berhati hati. macam wakil rakyat. baca ini" rujuk : http://gt-puteri.blogspot.com/2012/01/hebat-lakonan-wardina-baru-cuba-untuk.html#comment-form




No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...