Games Terbaru Yg Dikatakan Memperli Rosmah Mansur

By
Advertisement
BAGI anda yang memiliki iPhone atau iPad, barangkali anda boleh memuat turun sebuah applikasi permainan Aku Jimat di itunes yang dilihat bertujuan untuk mendidik kanak-kanak tentang kepentingan menabung dari kecil.





Sebuah watak menyerupai isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor digunakan di dalam permainan ini. Difahamkan, di dalam permainan ini, semakin banyak tabungan anda sejak kecil, semakin banyak barang berharga boleh dibeli.

Antaranya ialah koleksi beg tangan berharga puluhan ribu dollar, serta sebentuk cincin berlian berharga 24 juta dollar boleh dibeli di dalam permainan ini jika anda menabung sejak kecil lagi.





Kalau dilihat, banyak ciri-ciri di dalam permainan ini yang menyerupai Rosmah Mansor. Bagaimanapun, tidak diketahui siapakah yang mencipta dan membangunkan permainan ini untuk pengguna iPad dan iPhone.

Sama ada permainan ini sengaja dicipta untuk memerli Rosmah Mansor atau sekadar kebetulan yang sangat sempurna juga tidak dapat dipastikan.

Apa yang jelas permainan ini sudah tentu akan mempopularkan lagi Rosmah Mansor di kalangan pengguna iPad dan iPhone seluruh dunia.


source: http://milosuam.blogspot.com/2012/01/lucu-permainan-perli-rosmah-untuk.html#ixzz1jpOBewhI


ps: Sampai hati betul la orang yang cipta permainan nih....nak gelak...nak gelak...errr tak baikkkkkk

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.