Wowww....Himpunan Jutaan Belia : Atris 'K-Pop' dibayar RM2.04 Juta..

By
Advertisement



Selasa lalu Keadilany Daily telah melapurkan seorang pesara kakitangan kerajaan yang menghubungi pejabat Keadilany Daily mendakwa Kerajaan UMNO/BN telah berbelanja sebanyak RM20Juta bagi menjayakan Himpunan Jutaan Belia minggu lalu.

Pesara yang enggan namanya didedahkan itu memberitahu Kementerian Belia dan Sukan turut melantik sebuah syarikat baru yang dikhususkan untuk mengurus sepenuhnya program yang berlangsung sepanjang lima hari di Putrajaya itu.

“Malah beliau turut memaklumkan kementerian juga melantik sebuah syarikat yang baru dua bulan ditubuhkan bagi mengendalikan pengurusan program tersebut,” kata pesara kakitangan kerajaan itu menghubungi pejabat Keadilan Daily.- laporan penuh di ( SINI )

RM20 Juta habis... itu adalah dakwaan pesara kerajaan tersebut.. nilai tuntutan sila lihat diakhir entry ini..

Korang baca laporan ni dulu..

PUTRAJAYA, 21 MEI 2012 - Bersempena sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2012 di Putrajaya, satu perjanjian telah di tandatangani antara Stadium First dengan Majlis Belia Malaysia ( MBM ) bagi menyemarakkan lagi acara yang bakal berlangsung di sepanjang tempoh 23 hingga 27 Mei ini.

Perjanjian ini antara lain bertujuan bagi menarik penglibatan artis dengan para belia pada himpunan belia itu nanti..

Majlis pemeterai perjanjian itu turut disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek.

Antara artis yang hadir bagi memeriahkan majlis semalam ialah Fizo Omar, Akma AF, Farhan AF dan ramai lagi.

Penglibatan selebriti itu bakal menjadikan HBN kali ini lebih meriah dan mampu menarik lebih ramai belia untuk bersama-sama menjayakan program terbesar di negara ini.- sumber dari SINI


Nampak tak dalam laporan kat atas tu? Ramai artis Malaysia yang diundang dan yang tak ada dalam laporan itu ialah dua kumpulan artis ‘K-Pop’ dari Korea turut diundang.. mungkin yang menulis laporan tu malas nak buat kerja kot pasal tu lah dia tak tulis..

Dua kumpulan ‘K-Pop’ yang diundang itu ialah Dal Shabet dan Teen Top.. ada satu blog pencacai UMNO kata menjemput mereka ini adalah satu motivasi bijak untuk para belia di Malaysia oleh Kementerian Belia dan Sukan..

Begitu ramai artis Malaysia.. mereka dibayar RM1.8 Juta..berapa agaknya setiap artis dari Malaysia dapat?

Tetapi untuk dua kumpulan dari Korea itu pula bayaran buat mereka adalah RM2.04 Juta…

Apakah jenis pengisian rohani yang belia Malaysia dapat hasil dari RM2.04 Juta yang dibayar kepada artis 'K-Pop' itu?

Lihat jumlah sebenar tuntutan yang telah dibuat oleh Stadium First syarikat yang diberi tanggungjawab untuk mengelolakan program ini di bawah ini.. Nilainya RM15 Juta..

Dokumen di atas telah diterima dari seseorang, katanya melalui e-mail  "salam, Bro tolong buat apa yg patut... saya dapat dukumen ini dari seorang rakan yang bertugas pada program tempoh hari."

 

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.