Pendedahan Skandal UmnoBn - RM30 Bilion

By
Advertisement

Dalam pendedahan skandal spekulasi matawang asing semalam, Bekas Timbalan Pengurus Bank Negara, Dr Rosli Yaakop menamakan 4 orang orang golongan elit yang berkuasa sebagai pemain utama yang telah menyebabkan negara kita Malaysia kerugian secara besar-besaran sebanyak RM30 bilion dalam skandal antarabangsa spekulasi pertukaran asing kira-kira 20 tahun lalu.

Individu-individu elit pada masa itu yang mengakibatkan negara kita kerugian adalah :
  • Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamed
  • Menteri kewangan, Daim Zainuddin
  • Gabenor Bank Negara, Jaffar Hussein dan
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nor Mohamed Yakcop


Dr. Rosli berkata Jaffar Hussein dan Nor Mohamed Yakcop telah melakukan spekulasi dan berjudi secara melulu dan tidak bertanggungjawab dengan tidak mengambil kira keselamatan aset Bank Negara.  Beliau mendedahkan bahawa mereka mahu menewaskan George Soros, mungkin untuk menarik perhatian ketua mereka bahawa mereka adalah pakar dalam urusan tukaran mata wang asing, dengan memperjudikan wang Rakyat.

Dr. Rosli mendedahkan perkara ini semasa dalam forum bertajuk: “Bank Negara Forex Scandal – When Government Becomes Speculator”

Negara Berjudi

Pada tahun 1992, Bank Negara telah berjudi dalam spekulasi matawang Pound British dan bersaing dengan George Soros, pemain utama dalam pasaran forex.  Akibatnya Bank Negara kehilangan USD5.5 bilion dan George Soros mendapat USD1.7 bilion.

Bank Negara kemudian mendakwa ia adalah hanya kerugian atas kertas sebanyak RM9.3 bilion.  Dr. Rosli berkata pakar-pakar kewangan menganggarkan Bank Negara telah kehilangan antara USD27 bilion sehingga USD33 bilion, yang lima kali ganda lebih tinggi daripada rizab luar negara dan aset keseluruhan USD20.7 bilion pada tahun 1992.

George Soros & Nor Mohamed Yakcop
Kemudian Ketua Pembangkang Lim Kit Siang menganggarkan Bank Negara kehilangan amat besar sebanyak RM30 bilion.  Tetapi Bank Negara mendakwa kerugian hanya RM10.1 bilion pada tahun 1992 dan RM5.7 bilion pada tahun 1993.

Dr. Rosli berkata bahawa Bank Negara mendapat keuntungan yang munasabah sebelum 1992 - 1993 adalah sebagai dorongan bagi Bank Negara untuk berjudi lagi dalam tukaran matawang asing dengan jumlah yang lebih besar.

Walaupun norma pasaran matawang adalah untuk berdagang bagi 1 lot adalah dalam jumlah USD1 juta, USD5 juta atau USD10 juta, tetapi beliau berkata Bank Negara akan berdagang dalam USD50 juta untuk 1 lot dan mencecah sehingga USD1 bilion sehari, kerana mereka akan berdagang spekulasi matawang sehingga antara 5 dan 10 lot setiap panggilan.

"Itulah perjudian sebenar ... walaupun saingan terdekat, Pengurus Dana Jepun, berdagang hanya sebanyak USD50 juta, hanya sekali atau dua kali setahun," kata Dr. Rosli.


http://reformisanakmuda.blogspot.com

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.