1.1.12

jangan ajar aku pasal kurang ajar

aku jadi kurang ajar kerana kau yang ajar

aku dah bosan jadi baik
aku dah bosan jadi setia
aku dah bosan selalu taat
aku tak mahu lagi bagi nasihat
sekarang aku nak buat apa yang aku rasa nak buat
tak payah fikir
tak payah ingat
kau pun selalu cakap
kau buat macam ni bukan kehendak kau
tapi allah yang nak uji kau
senangnya kau cakap
setiap kali kau buat jahat kau salahkan allah
kau kata lagi baik manusia tu lagi berat ujian dia
kau bagi contoh nik aziz....ahaaaa
jadi sebab kau tak sebaik nik aziz maka tak salahlah kalau kau tewas dengan ujian allah
jadi setiap kali kau buat benda maksiat semua tu sebab allah nak ujilah
yeahhhh....betul
betul bagi kau
ntah mana punya didikan kau dapat dulu-dulu ye

orang melihat kau sangat baik
ye memang kau baik
orang melihat kau sebagai sangat budiman
ye memang kau budiman
orang melihat kau sangat berbudibahasa
ye memang kau manis tuturkata
orang kata kau pemurah
yeee...sangat-sangat pemurah
kemurahan dan kebaikan itulah yang menambat hati semua orang
hinggakan jika ada keburukan disebaliknya tak seorang pun yang kisah
ada keluarga kau kisah?
ada saudara-saudara kau kisah?
takkkkkk sebab di mata orang kau baik
itu yang penting
di mata orang kau berjaya
itu yang buat mereka bangga
ahhh aku ni siapa?
aku ni orang kampung yang tak ada didikan omputih
sebab tu apa pun yang aku adukan
semua orang pandang sepi
apa ada kesah
kau tak ada ramai lagi la yang lain
agaknya begitulah mereka kata

baikkkkk
mulai sekarang jangan cakap aku kurang ajar
kau yang ajar aku jadi macam ni
tapi aku nak bagi tahu
'aku hanya kurang ajar dengan orang yang kurang ajar je'
teruskan lah hidup kau dengan cara kau
selamat tinggal 2011
kini ku melangkah ke tahun 2012 dengan semangat baru
aku mahu jadi lebih kurang ajar!


“Sesiapa yang akhirat menjadi harapannya, Allah akan menjadikan rasa cukup di dalam hatinya dan menyatukan urusannya, dan dunia akan datang tunduk kepadanya. Tetapi sesiapa yang menjadikan dunia sebagai harapannya, nescaya Allah akan menjadikan kefaqiran di antara dua matanya serta mencerai-beraikan urusannya, dan dunia tidak akan datang kepadanya melainkan sekadar apa yang telah ditetapkan baginya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 9/5, no. 2389)



No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...