6.1.12

Implan Buah Dada Meletup Dalam Badan


Implan Buah Dada Meletup Dalam Badan
Seorang ibu menderita selepas satu implan yang dimasukkan ke dalam buah dadanya MELETUP!
Wendy Bristow merupakan salah seorang daripada 40,000 wanita United Kingdom (UK) yang  dikesan mempunyai implan French PIP (Poly Implant Prothese) yang rosak.
Dia pada mulanya membesarkan buah dadanya dari size B ke E – tetapi enam tahun kemudian Wendy mengalami kesakitan yang amat sehingga dia memerlukan pembedahan kecemasan untuk mengeluarkan implan itu.
Wendy, 39, berkata: “Kesakitan pada masa itu sangat menyeksakan. Apabila mereka mengeluarkan implan itu ia kelihatan seperti seseorang telah meletakkan sebutir bom di dalamnya. Ia meletup sepenuhnya. Saya mahu wanita lain tahu yang implan jenis ini tidak hanya bocor, ia juga meletup – jadi, mereka perlu membuangnya.”
Wendy, yang berasal dari Ashford, Kent, menambah yang pakar bedah di Transform Medical Group London memberitahunya, implan tersebut adalah selamat dan dijamin selama 10 tahun.
Dia menambah: “Mereka mengatakan bahawa walaupun implan tersebut bocor ia tidak boleh menyebabkan apa-apa kecederaan kepada badan.”
Implan PIP telah didapati mengandungi bahan bakar tambahan dan bahan-bahan lain yang digunakan untuk membuat tuib getah. (The Sun UK)

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...