2.5.12

Jangan kutuk Rosmah gemuk - Nasihat Tuan Guru Haji Hadi




Presiden Pas, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ditanya berkenaan terdapatnya di kalangan blogger atau pengamal media atau individu tertentu yang menggunakan kelebihan mereka berkarya untuk mengkritik atau mengutuk kepimpinan daripada kumpulan sendiri.


Bolehkah penulis menggunakan media tersebut untuk menyerang individu atau pemimpin sendiri sebagai salah satu langkah membetulkan kesalahannya atau untuk menjatuhkannya. 


Berikut ringkasan jawapan Tuan Guru:


    • Mengkritik atau menegur perlu mengelak daripada dua perkara asas yang paling utama:
      • Munafik - Jangan menegur atau mengkritik sebagai seorang munafik yang berdusta.
      • Jahil - Jangan menegur atau mengkritik sebagai seorang yang jahil tanpa mendapatkan kepastian dengan menyiasatnya terlebih dahulu.
    • Menegur dan mengkritik perlulah berlandaskan prinsip untuk menyelamatkan kerosakan pada umum dan bukan perkara peribadi. Jika ia melibatkan perkara peribadi, lebih afdal menegurnya secara peribadi.
    • Pengkritik juga perlu menimbangkan tahap kerosakan kepada umum manakah yang lebih besar jika ditegur secara peribadi atau secara pendedahan umum. Minimakan kerosakan yang berlaku.
    • Adab mengkritik adalah sama terhadap teguran yang ditujukan kepada orang sendiri atau pihak lawan. Jika semua mengikuti pedoman ini Insyallah akan selamat.
  • Menarik apabila Tuan Guru memberikan contoh mengkritik kepada Rosmah. Jika terdapatnya bukti bahawa Rosmah membazir wang rakyat dan berbelanja dengan boros maka perlu didedahkan kepada umum. Sebaliknya jika mengkritik keadaan rupa Rosmah yang gemuk, ia adalah satu perbuatan yang tidak betul dan salah. 
  • Kesimpulannya boleh mengkitik samada pada orang sendiri atau pihak lawan asalkan menjaga adab-adab di atas.

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...