Namewee Hina Polis Dalam Lagu Terbarunya?

By
Advertisement

Tiada siapa dengan akal yang waras di negara ini akan berani berkata rakyat dan kerajaan Malaysia tidak bertolak-ansur dengan Namewee.

Sudah terlalu banyak ruang dan peluang diberikan kepada pemuda tersebut. Sampaikan pernah ada menteri yang meluangkan masa untuk bercakap dengan Namewee. Macamlah mamat tu penting sangat.
Semuanya penulis yakin atas dasar menjaga hati masyarakat Cina. Namun sampai bila kita perlu bersabar dengan lulusan universiti Taiwan itu? Hina Islam, Melayu dan entah apa-apa lagi, semuanya sudah.
Dan dalam video klip terbarunya yang dimuat naik ke Youtube semalam bertajuk Supermarket yang memuatkan lagu sempena Tahun Baru Cina, nyata ia membawa mesej sindiran yang agak melampau terutama kepada pihak polis.
Dalam klip berkenaan, daripada empat watak yang ada, salah seorang memakai baju uniform yang seakan-akan uniform polis dengan lidah yang terjelir sepanjang klip selama 2 minit 15 saat itu berlangsung.
Lidah yang terjelir itu sangat jelas memperlihatkan lelaki itu umpama seekor anjing. Dan penyanyi pula cuba memberikan ang pau yang dipertontonkan pada awalnya diisi dengan wang kertas.
Lelaki polis yang menyerupai anjing, wang…apa mesejnya? Rasuah di kalangan polis? Perlu ke disampaikan dengan mesej yang begitu menghina? Watak lain pun berupa sindiran juga, tapi penulis malas nak ambik tahu.
Bukankah Tahun Baru Cina seperti juga perayaan yang lain harus mencerminkan suasana yang muhibah dan kesepaduan antara kaum? Mengapa harus bersikap begini? Puncanya hanya satu…kerajaan dan polis sendiri terlalu berlembut.
Undi Cina rasanya memang takkan kembali kepada BN. Jadi tak perlu nak jaga hati sesiapa sangat. Bertindak sewajarnya sebelum dia buat lagi teruk. Jangan sampai yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran. Jangan sampai undi kaum lain pula yang hilang.
Tonton klip di bawah.



kopi n pasta

ps:  tak suka namewee .....

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.