Baca ni gadis-gadis yang akan berkahwin dengan orang Melaka

By
Advertisement
Tolong jangan konpius.
Ini bukan blog masakan.
Tapi hari ni aku nak cerita pasal masak............... ngeeehhhhh2
Sebab...... hari ni aku boring so mood nak merapu tu timbul secara tiba-tiba.
First..... aku nak buat pengakuan yang aku nih bukanlah seorang yang pandai memasak.
Ketidakpandaian aku ni adalah diwarisi turun temurun kot.....errrrrr?
Ye lah macam mana nak pandai masak kalau makan pun sangat memilih!!!!
Mak cerita dulu aku kecik2 sangat susah untuk dibagi makan.
Sebab tu la aku kurus kering macam anak somalia.
Kalau ada pun benda yang aku nak makan ialah mee maggi............ :P (sadisnya)
Aku tak suka sayur, aku tak suka makan kuih-muih (tapi kek aku sukeee tapi mana la nak makan kek hari2). Aku tak paham kenapa kawan-kawan sebaya aku berebut2 beli goreng pisang panas masa zaman sekolah dulu. Pisang goreng?????? Kalau ayam goreng tu boleh la aku percaya orang nak berebut. Kuih bingka adalah yang palingggg aku tak suka....manis melekat2 cehhh....

Yang aku suka makan ayam goreng dengan sambal belacan. Gulai2 ni sorry la aku nak makan..... bila tak suka maka adalah mustahil untuk aku masak gulai kan. Jadi kalau dah hari-hari aku makan ayam goreng dan sambal belacan adakah aku akan pandai masak segala macam tuh?

Akhirnya dah tiba masa aku berkahwin.
Dengan orang Melaka tuhhh....
Abislaaaa.....
Kakak aku cakap kena 'hawau' je la kau nanti......

Ok, baca nih baik-baik ye wahai anak gadis yang bakal berkahwin dengan orang Melaka.
Tak usah gentar dengan hawau, lahabau segala tuh.... tapi gentarlah dengan kehandalan orang Melaka nih memasak terutamanya MASAKAN ASAM PEDAS. (WAJIB PANDAI MASAK ASAM PEDAS KALAU TAK ABIS LAAAA>>>>KENA REJECT NGAN MAK MERTUA WOOOO.....AHAKS)

Asam pedas melaka nih tak sama langsunggggg dengan asam pedas yang mak aku  masak huhuhuuu. (asam pedas selangor)
Biasanya aku makan asam pedas ikan kembung je..... rebus air masuk cili kering yang dah di blend, air asam, daun kesum, bunga kantan....bla bla bla...TAPI>>>>>>> kat Melaka lain!!!! Dah kahwin baru la aku  kenal yang mana satu jintan manis, ketumbar, jintan putih, halba tuh.....

Aku di ajar cara-cara nak buat pes dia.....begini ye ( amik masa juga la nak jadi pakar but don't worry....practice makes perfect...ecewahhhh)
cili kering - agak2 la
bawang besar dalam 3 biji
bawang putih 3 ulas
halia sikit je
kunyit hidup sikit gak... (biasanya aku tak letak sebab aku tak suka nnt jari jd kuning2)
jintan manis sikit
lada hitam sikit
****blend semua bahan2 tu
nak lagi tradisional bubuh kerisik atau pun kelapa bakar sikit ( yg ni pun aku tak bubuh)- malasssss kui3

cara masak:
panaskan minyak - tumis bawang besar (1 biji) + bawang putih (3 ulas) + halia sikit (yang dimayang halus2) + halba hingga wangi dan kekuningan - kemudian cedok keluarkan.
masukkan cili blend.....tumis lagi hingga cili masak dan kemudian barulah masukkan ikan (haaaahhh....bab ikan nih yang aku ngeri nih....  ikan kembung tak main la ekkk.... selalunya ikan yang jadi pilihan ialah anak ikan duri, ikan jenahak, ikan serkut, ikan parang, tenggiri, bawal, sembilang, kepala ikan mayong, merah...perghhhhh.....semua ikan mewah.
masukkan air asam secukupnya. kalau  suka belacan bubuh la sikit.
garam dan
aji---- errr yg ni suka hati
tapi encik suami tak suka daun kesum dan bunga kantan....jadi memang tak bubuh la....
kalau suka boleh letak bendi, terung, tomato...ikut kesukaan la.... tapi terung akan buat rasa jadi lari.



taraaaa...... ni asam pedas yang aku masak hari ni.......ikan jenahak. Ehhh...apsal hodoh sangat gambar nih.....? Alaaaa....kamera cap ayam cam tuh la.....uhhhhh kesiannn
tak pe.... gambar memang hodoh tapi rasa dia...perghhhh mabelesss youuuu.....
Nampak tak asam pedas aku ni kosong je....tak ada daun kesum pun....kalau yg suka boleh letak.

ehhh...lupalak....dah masak masukkan balik bwg2 yg tadi kita goreng tuh....tujuan nak bagi wangi....tapi memang best!!!

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.