7.5.12

Zalim....seramai 1,122 kanak-kanak telah dibunuh!


Sejak tercetus revolusi Syria pada Mac 2011, seramai 1,122 orang kanak-kanak Syria menemui ajal di muncung senapang tentera rejim Basyar atau purata satu kematian pada setiap 8 jam. Wilayah Homs mencatatkan jumlah kematian kanak-kanak seramai 524 orang (266 daripadanya adalah kanak-kanak perempuan).

Perlu disebut bahawa tentera rejim tidak akan membeza-bezakan mangsanya, sama ada kanak-kanak,orang tua atau wanita. Sasaran mereka satu iaitu rakyat yang mahukan perubahan. Tentera akan menyerang bandar dan menghancurkan rumah kediaman, mensasarkan upacara pengebumian jenazah,meninggalkan mayat tanpa dikebumikan hingga mayat-mayat tersebut berbau dan diuruskan oleh orang awam yang bersimpati.

http://islammemo.cc/akhbar/arab/2012/05/06/149414.html


Lebih sebulan lalu, kanak-kanak wanita ini memegang poster yang tertulis "Mohon Kalian Membantu Kanak-Kanak Homs" sambil menangis. Tangisannya kerana dia melihat bagaimana kawan-kawannya, ayah dan ibunya disembelih. 

Pihak admin telah menyiarkan berita kematian seorang kanak-kanak perempuan yang terbunuh dalam satu letupan bom pada 4 Mac 2012. Kanak-kanak perempuan ini sebenarnya telah menemui syahid (gambar kecil). Kini dia berbahagia di dalam syurga Allah.

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...