5.5.12

‘Jika Najib Mubarak, rakyat perlu guling BN’



SHAH ALAM – Kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggambarkan tindakan peserta perhimpunan Bersih 3.0 cuba menggulingkan kerajaan dan mahu menjadikan Dataran Merdeka seolah-olah Dataran Tahrir, dengan sendirinya mengiktiraf diri beliau bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak.
Hosni digulingkan menerusi gelombang kebangkitan rakyat 15 bulan yang lalu.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, sekiranya Perdana Menteri menyifatkan langkah mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 sama seperti yang berlaku di Mesir, maka rakyat perlu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Adakah beliau (Najib) merasakan dirinya seperti Mubarak?” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib yang mengatakan perhimpunan Bersih 3.0, yang mendapatkan sokongan pertubuhan bukan kerajaan dan kepimpinan pembangkang di Kuala Lumpur, Sabtu lepas, adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi di mana tindakan itu menunjukkan pihak terlibat tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi proses yang sah.
"Mereka ada niat untuk tawan Dataran Merdeka, bukan berhimpun untuk dua tiga jam tetapi dua tiga hari atau lebih daripada itu, nak gambarkan kerajaan tidak boleh mengawal keadaan.
"Mereka nak jadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir di Mesir," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan di Padang Pusat Sivik di sini, hari ini.
Saifuddin, yang juga Ahli Parlimen Machang, turut menyangkal kenyataan Najib itu kerana Bersih 3.0 sudah menghebahkan tujuan dan matlamat perhimpunan iaitu mendesak serta menuntut perjalanan pilihan raya yang bersih dan adil.
“Jika beliau (Najib) mengatakan bahawa tujuan perhimpunan diadakan adalah untuk menggulingkan kerajaan, maka sebenarnya beliau mengalami ‘mimpi liar!’,” ujar beliau lagi.

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...