"lembu atau babi?
Orang China ni bukan sahaja pandai membuat pelbagai barang tiruan malah bahan makanan juga termasuk telur dan daging. Yang utama ialah untung, tidak peduli apa kesannya kepada pengguna. Memandangkan semuanya tidak memberikan kesan sampingan pada kadar segera dan hanya terjadi pada jangka masa panjang, mereka tidak takut untuk melakukannya. Atas dasar mengaut untung sebanyak-banyaknya dalam perniagaan mereka sanggup melakukan apa sahaja, mereka terus berenovasi mencipta sesuatu yang baru. Mereka berjaya membuat telur tiruan malah lebih menarik mereka berjaya menukarkan daging babi menjadi daging lembu yang dinamakan "daging lembu tiruan".
Daging lembu tiruan
Paling menakutkan apabila diberitahu bahan asasnya ialah daging babi. Ya... DAGING BABI! Terima kasih kepada penulis asal yang memaklumkan kepada kita perkara ini supaya dapat kita hindarkan diri dari termakan najis berat tersebut.
Di sana (negara China), harga daging lembu dua kali lebih mahal daripada daging babi. Jadi mereka mengambil langkah membuat tipu-helah dengan menjadikan daging babi seolah-olah daging lembu. Dalam masa 90 minit sahaja, daging babi yang digoreng akan menjadi "sesedap" daging lembu. ... Mahukah anda mencubanya?
Macam mana mereka buat? Mereka menggunakan “beef extract” yang dijual dalam bentuk botol dan berleluasa di sana. Mereka gaulkan daging babi dengan rempah tersebut, dan .... terjadilah sesuatu keajaiban dimana daging babi yang dihidang itu telah berubah rasa seenak daging lembu. Mudah kan?
Buat waktu ini adalah lebih selamat jika tidak membeli daging lembu yang tidak diketahui sumbernya. Jauhi pembelian daging impot walaupun ia murah. Jika kita sendiri yang membelinya, mungkin kita mampu mengelaknya. Bagaimana pula dengan jamuan kenduri atau majlis keramaian? ... Inilah yang menjadi masalah besar kerana penguasaha makanan hanya memikirkan untung (bahan termurah) untuk menyediakan makanan. Adakah kita akan terselamat dari termakan daging babi? Cuba fikirkan.
Dari maklumat yang diperolehi, sukar membezakan antara daging "tiruan" a.k.a. babi yang diubah ini dengan daging lembu sebenar jika dilihat dari sudud fizikalnya. Orang ramai pun tak dapat bezakan daging lembu tiruan tersebut. Malah dalam jangka masa panjang ia boleh menyebabkan cancer. Asalkan boleh membuat wang, peduli apa yang akan dihadapi oleh pemakannya!
Fauna from ChinaSMACK looks into the latest food security scandal on beef extract addictive which can turn pork into beef.Process of turning pork into “beef” by adding beef extract exposed
Recently, Anhui, Jiangxi, Fujian, and other places have been exposed by the media who have discovered a kind of “beef extract” additive that allows pork to become “beef”.
No comments:
Post a Comment