31.5.11

Bingung....ini Perkongsian Ilmu ke atau nak berlagak???



Pagi tadi  terjumpa satu group kat fb.....sangat menarik sbb ada ilmu yang di kongsikan. Ralit membaca dari satu posting ke satu posting sampailah  terjumpa satu posting ni:



Anda berasa bangga dan pandai bile bertikam lidah sehingga lawan anda terdiam tak terkata???berasa kononnye anda panjang akal dan bijak bile masih mampu utk melawan setiap perdebatan dr lawan anda??atau sebenarnye anda terlalu mudah utk dibisikkan oleh syaitan supaya terus menjirus minyak membakar api amarah???

Hakikatnya...

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Saya menjamin satu rumah di pinggir syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan sekalipun dia benar, satu rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan penipuan sekalipun bergurau dan satu rumah di tempat tertinggi dalam syurga bagi orang yang baik akhlaknya." (Abu Daud dalam Shahih Sunan Abu Daud – hadis no: 4800)

Maka sebenarnya..siapakah yg pandai dan bijak???renung2kan :)


Aduh...bila baca komen2 di bawah rasa kecut perut....bukan apa.....tak sangka ada orang yang lagaknya macam pakar hadis dan macam sudah khatam berpuluh kitab boleh mengeluarkan ayat-ayat atau hujah yang  pedih macam nih....
kalau salah....kenapa tak perbetulkan kesalahan itu supaya orang lain pun yang menbacanya akan tahu apa kesalahan hadis di atas.....
perlukah keluarkan perkataan bodoh bangang kepada orang yg telah membuat kesilapan....
ooooooorrrrrr mungkin dia maksum tak pernah buat silap.....lahir2 terus jadi bijak!!!

ehhhh...apasal aku emo nih? 

Mau tak emo....rosak mood aku pagi2 baca komen yg kalo setakat nak memperlekehkan orang...budak2 tepi jalan pun terorrr....pastu bila minta penjelasan senyap lak...kedekut ilmu tak guna la weiiiiii.......

maaf kalau ada yang terasa.!!!






  • 14 people like this.
    •  L : bgusnya bawa hadis mentah tnpa syarahnya yer......ambil dari kitab terjemahan.....tnpa sanad perguruan.....maka sebenarnya....nk suh kita phm sendiri hadis tu????renung2kn : )
      Saturday at 11:46am ·  ·  1 person
    • P :  bukan begitu mksd ana...andai perdebatan itu demi mencari satu percapaian yg berguna..silakan..tetapi bile keadaan menjadi tegang atau mula dikawal oleh emosi..maka dibimbangi tujuan asal kita hilang dan kehendak utk menang mengatasi sgl2nya..sekian~
      Saturday at 11:58am · 
    • L: mohon syarahkn sedikit hadis tu boleh..mksud serta kehendk sebenar hadis tu???syukran...
      Saturday at 11:59am · 
    • P:  tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi bg yg berilmu pecaye ‘orang yang beralah akan menang besar kemudiannya’
      Saturday at 12:27pm ·  ·  1 person
    • L: ooo...bgitu syarahnya...tq..tp dari kitb mner enti ambil syarahnya tu????
      Saturday at 12:29pm · 
    • O:  kita perlu mengetahui syarat-syarat perawi Hadis utk membolehkan kita membezakan antara perawi yang benar atau dusta dan hadis yang sohih atau palsu.
      Saturday at 12:32pm · 
    • P: 
      dan sesunguhnye selemah2 iman itu adalah hati...jgn kite trlalu berpegang pd adat "berani krn benar" krn ingt la Islam sudah meletakkan peringkat2 yg sesuai dgn keadaan masing2..krn jika perkara seperti diatas berlaku dibimbangi - Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

      فَهَلْ عَسَيْتُمْ إِن تَوَلَّيْتُمْ أَن تُفْسِدُوا فِي اْلأَرْضِ وَتُقَطِّعُوا أَرْحَامَكُمْ . أُوْلَئِكَ الَّذِينَ لَعَنَهُمُ اللهُ فَأَصَمَّهُمْ وَأَعْمَى أَبْصَارَهُمْ

      Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan dimuka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan . Mereka itulah orang-orang yang dila’nati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka. (QS. Muhammad :22-23)

      Saturday at 12:36pm ·  ·  1 person
    • L: ni syarahnya ker atau sjer nk mgelak dari soaln ana....ana bukn aper...cuma nk tau jer..sbb enti dh bawa hadis tu..so enti juga msti bgtau juga syarah bagi hadis tu....syarahnyer jg msti dari kitb syarahnya bukn dari phm akal kita yg cetek....kalu tau ckp tau..kalau xtau jgn tkut ckp xtau....
      Saturday at 12:43pm · 
    • P: apakah soalan L??syarah pd hadis tersebutkah??rasenye ana da jwb..kita blajar bukan semestinya hanya pd satu kitab..dan ana sekadar berkongsi ilmu ana yg cetek ini..sekian~
      Saturday at 12:47pm ·  ·  1 person
    • P:  jika akhti ade perjelasan yg lebih jelas, sila kongsikan ilmu disini sepersis namanye 'mari berkongsi ilmu'...itu kan lebih membantu.. :)
      Saturday at 12:50pm ·  ·  1 person
    • L: ni bukan citer belajar satu kitab ke atau beribu kitab,,,mksud ana,,enti ni xtau syarah hadis dan kehendak sebenar hadis tu kan..jgn la malu nk mgaku...ana yakin enti xder kitab syarah dia..kitab pun cuma terjemahan hadis kan????ana kira nk bntu jgk ni..nk bntu enti...jgn malu nk ckp saya xtau...jgn buat2 tau...
      Saturday at 1:02pm ·  ·  1 person
    • M: P : mnusia yg byk amal, akan jd ujub. yg byk ilmu, akan jd takbur. x guna bbalah dgn org mcm tu. biarkn sj, mcm yg saudari pesan tu ...
      Saturday at 1:04pm ·  ·  4 people
    • A: insya allah...jdi renungan jgk muhasabah bgi diri yg kerdil ini...
      Saturday at 1:06pm ·  ·  2 people






    • L: huh...kalu dh xpandai..jgn nk memandai2...bahaya org jahil xnk mgaku kejahilan...dan bertambah bhaya kalu diberi peringatan dia mgelak dari dgn kata2 yg lain demi mnutup kejahilannya...
      Saturday at 1:11pm ·  ·  1 person






    • L: bercampur dgn org jahil lagi bodo dn bangang,,lagi apa pun xtau dgn turast ilmu...mmg merosakn umat....tnda org2 riak adalh mnolak kebenaran...serta tanda org2 bodoh sombong adalh bila dh xtau..tapi buat2 tau..dgn kata2nya..kita jgn belajar satu kitab jer....kata2 nk mnutup kebodohan diri....sekian....
      Saturday at 1:17pm ·  ·  1 person



    • P: 
      inilah antara sbb kenape Islam menyuruh meninggalkan perdebatan..

      Sabda Rasulullah s.a.w:
      "Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor."
      (Riwayat Ibnu Mas’ud RA) 

      ...“Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya sifat sombong sekalipun hanya seberat debu. Lalu seorang sahabat bertanya: “Sesungguhnya ada orang yang suka pakaian dan kasutnya cantik. Rasulullah SAW menjawab dengan sabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu indah dan suka kepada keindahan. Sombong itu adalah menolak yang hak dan menghina orang lain.”
      (Hadis riwayat Muslim)


      Saturday at 1:51pm ·  ·  3 people
    • R:Sabda Rasulullah SAW: "Orang Islam itu bersaudara, tidak boleh menzalimi dan mengkhianatinya. Sesiapa yang menolong saudaranya, nescaya Allah akan menolongnya. Sesiapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam nescaya Allah akan menghilangkan daripadanya kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban orang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat." (Riwayat Ahmad)
      Saturday at 1:55pm ·  ·  1 person


    • R:Dari Uqbah bin Amir, dia berkata: "Rasulullah SAW bersabda, "wahai Uqbah, bagaimana jika kuberitahukan kepadamu tentang akhlak penghuni dunia dan Akhirat yang paling utama? Hendaklah engkau menyambung hubungan persaudaraan dengan orang yang memutuskan hubungan denganmu, hendaklah engkau memberi orang yang tidak mahu memberimu dan maafkanlah orang yang telah menzalimimu. (HR. Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baghawy).
      Saturday at 2:04pm ·  ·  1 person
    • R: Kalau Nabi ampunkan umat, kalau ALLAH, Sang Pencipta masih sudi memaafkan hamba-hamba-Nya yang pernah berbuat salah, apa lagi, kita sebagai makhluk yang kerdil untuk tidak memaafkan kesalahan antara satu sama lain?
      Saturday at 2:08pm ·  ·  1 person
    • P:  cume ana rase terkilan kenapa msti ade segelintir bersikap begini..group yg diwujudkan demi utk berkongsi ilmu tetapi bile diperlekehkan krn merasa ilmunye lebih tinggi wujud maka niat baek utk berkongsi limu di disini agak terbantut bkn krn putus asa tetapi tidak mahu mereka berterusan mndapat dosa atas kesalahn mencaci dan menghina org laen..kecewa~
      Saturday at 2:33pm ·  ·  3 people







    • NI: dengan izin allah ^_^
      Saturday at 5:19pm · 
    • NO: hmm...semoga kita jgn malu berkata ''saya tidak tau' jika memg kita tdk tahu daripada kita buat2 tahu....
      Saturday at 8:57pm · 
    • NO: salam N....enti tau x mksud izin Allah???klu tau boleh kongsi ngan kami.....
      Saturday at 9:05pm · 
    • N: ‎^_^
      Sunday at 11:57am ·  ·  1 person

Tarif Elektrik: Rompakan wang rakyat untuk syarikat korporat – Rafizi

orange book forum klscah 250111 rafizi ramliPETALING JAYA: Keputusan kerajaan menaikkan tarif elektrik merupakan satu rompakan wang rakyat untuk syarikat korporat, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Katanya, pengumuman itu hanya menguntungkan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) kerana kos yang ditanggung IPP dipindahkan kepada Tenaga Nasional Berhad,  sebelum disalur terus kepada pengguna.

“TNB sebenarnya masih mencapai keuntungan yang sama, manakala IPP langsung tak terkesan kerana ia dilindungi oleh mekanisme harga bahan api sedia ada.

“Sepatutnya Barisan Nasional mengubah mekanisme ini agar IPP juga menanggung kesan kenaikan harga bahan api. Sebaliknya rakyat pula dihukum kerana semakan setiap 6 bulan menunjukkan bahawa akan wujud peningkatan kerana mengikut kos bahan api semasa,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Keadilan di Tropicana, hari ini.
Katanya, penjelasan kerajaan bahawa 4.4 juta isi rumah atau 77 peratus rakyat di negara ini tidak menerima kesan dari peningkatan itu juga tidak dapatditerima.
Ini kerana beban isi rumah akan terus meningkat berikutan kenaikan harga barang ekoran kenaikan tarif elektrik tersebut.
“Ini hanyalah dandanan kosmetik Barisan Nasional untuk menenangkan kritikan yang semakin memuncak terhadap sektor penjanaan tenaga.
“Hakikatnya, ia satu rompakan yang mengambil lebih banyak wang rakyat untuk diberikan kepada syarikat korporat bagi menggantikan subsidi gas,” tegas Rafizi.
Beliau dalam masa yang sama membandingkan kos tenaga bagi penggunaan domestik di Thailand pada kadar 18.4 sen kilowatt/jam seunit berbanding 21.8 sen kilowatt/jam di Malaysia, sedangkan rakyat di Thailand tidak menerima subsidi elektrik.
Tarif baru yang diperkenal akan menjadi pampasan kepada TNB untuk menggantikan potongan subsidi gas akibat kenaikan harga gas asli dari RM 10.70 kepada RM13.70 setiap mmbtu.
“Sektor penjanaan elektrik dinegara ini dihantui oleh warisan perjanjian yang berat sebelah kerana TNB dipaksa untuk membeli elektrik pada kadar yang lebih tinggi dari kos dalamannya sendiri.
“Untuk mengimbangi harga elektrik yang tinggi, maka TNB dan IPP diberikan subsidi gas yang tinggi setiap tahun dan ditanggung Petronas.
Berikutan itu, katanya, negara bakal menyaksikan peningkatan harga barangan dan kadar inflasi kedua tertinggi dalam separuh dekad berikutan pengumuman kenaikan tarif tersebut.
Ia katanya, diakibatkan kesan berganda dari gabungan kenaikan harga petrol, dan dalam masa yang sama pendapatan boleh belanja rakyat semakin mengecil.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14449

Wanita bawa kemaluan lelaki yang merogolnya ke balai polis


Dhaka: Seorang wanita berusia 40 tahun memotong kemaluan seorang lelaki yang didakwa cuba merogolnya dan membawanya ke balai polis sebagai bukti, kata polis di sini, hari ini. Gambar fail.

Ketua Polis daerah itu, Abul Khaer berkata, wanita itu yang sudah berkahwin, diserang suspek ketika sedang tidur di rumahnya di daerah Jhalakathi, kira-kira 200 kilometer selatan Dhaka malam Sabtu lalu.

"Ketika suspek cuba merogol mangsa, wanita itu memotong kemaluannya dengan sebilah pisau. Dia kemudiannya membungkus kemaluan itu dalam beg dan membawanya ke balai polis Jhalakathi sebagai bukti jenayah," katanya.

Kemaluan itu disimpan di balai polis dan suspek sedang menjalani rawatan di hospital. - AFP


Bangladesh woman takes 'attacker's' penis to police

DHAKA, May 30, 2011 (AFP) -A 40-year-old Bangladeshi woman cut off a man's penis during an alleged attempted rape and took it to a police station as evidence, police in a remote part of Bangladesh said Monday.

The woman, a married mother of three, was attacked while she was sleeping in her shanty in Jhalakathi district, some 200 kilometres (120 miles) south of Dhaka, on Saturday night, officers said.

"As he tried to rape her, the lady cut his penis off with a knife. She then wrapped up the penis in a piece of polythene and brought it to the Jhalakathi police station as evidence of the crime," police chief Abul Khaer told AFP.

The woman has filed a case accusing the man -- who is also 40 and a married father of five -- of attempted rape, saying that he had been harassing her for six months.

The severed penis has been kept at the police station and the rape suspect was undergoing treatment in hospital.

"We shall arrest him once his condition gets better," Khaer added.

30.5.11

Waspada! Ribuan Ikan Mati Di Manila, Ada Pengajaran Disebaliknya


Kira-kira 500,000 kilogram ikan bernilai RM3.5 juta terapung di Tasik Taal, Batangas selatan Manila, dilaporkan mati kerana perubahan iklim secara tiba-tiba.

Pulau yang merupakan kawasan tumpuan pelancong dan terletak 65 kilometer dari selatan Manila itu didiami seramai 7,000 orang petani, nelayan dan pemandu pelancong.

Permukaan tanah juga menggelembung dan suhu di sekitar Tasik Taal mula menaik dimana ia boleh menyebabkan letusan gunung berapi.

Lawatan ke 2,500 hektar pulau kawah yang merupakan tumpuan utama pelancong kini diharamkan dan pegawai tempatan menaikkan poster meminta mereka meninggalkan pulau itu.

Taal merupakan antara 22 buah gunung berapi yang paling tidak stabil di dalam negara dengan rekod sebanyak 33 kali letusan dan kali terakhir berlaku pada tahun 1977.

Tasik di sekitar kawah tersebut menghalang berlakunya kematian pada tahun 1977 dan ketika letusan lain berlaku kerana air tasik itu melindungi dari terkena lahar. -kijang59

Saya petik ulasan GB:

Peristiwa ikan mati secara banyak pernah dilaporkan di blog ini pada 10/3/2011 iaituberjuta ikan mati di Los Angeles, yang kemudiannya pada hari berikutnya iaitu pada 11/3/2011 benar-benar berlaku bencana tak terperi dasyatnya iaituTsunami di Jepun. Ia ada kaitan kerana kedudukan pantai Los Angeles berada di sebelah timur Jepun.

Begitu juga di New Zealand, pada 21 Feb 2011, GB memuatkan entri satu berita mengenai Misteri: 100 Paus Ditemui Mati Di Pantai New Zealand, dan kemudian pada 23 Feb 2011 pula, tiba-tiba berlakulah apa yang dikatakan[Bergambar] Lebih 60 Terbunuh Akibat Gempa Di New Zealand.

Peristiwa ikan mati nampaknya semacam tidak signifikan semasa kejadiannya, tetapi ia adalah impak dari satu malapetaka yang telah berlaku lebih awal di dasar laut sebelum ia benar-benar muncul sebagai satu bencana di permukaannya.

Sekarang berlaku pula di Manila, sebuah negara yang berjiran dengan Malaysia, petunjuk apakah itu ....?

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...