Cerita ini sebenarnya benar dan telah lama diketahui. Masyarakat Tibet ini, kediaman mereka di atas gunung di mana tiada tanah yang lembut semua diliputi batu atau salji / ais. Oleh itu mereka tidak ada pilihan lain untuk mengkebumikan mayat selain memberikan badan mayat untuk dimakan oleh burung vulcher.
Seseorang akan bertindak memotong dan menghancurkan badan bagi memudahkan burung mempercepatkan proses ini. Mereka juga tidak mahu burung tersebut membawa anggota badan yang masih separa sempurna (seperti kepala,tangan dll) ke tempat lain maka dihancurkan untuk memudahkan burung memakan badan tersebut.
Lagipula masyarakat Tibet percaya bahawa apabila seseorang telah meninggal dunia, jiwa akan meninggalkan tubuh dan fizikal badan yang ditinggalkan hanya badan "kosong".
No comments:
Post a Comment