Rindu Syahadahmu-MU ..... bawa mesej pengisian rohani buat remaja

By
Advertisement


TERKINI
MASIH PANAS
ISU 'ROHANI' LAGI
Bacalah wahai belia negara

Kisah tiga anak muda kaki rempit hidup bebas
seorang terus hanyut hingga sanggup menjual agama demi wang
demi kesenangan
dua sahabat lagi walau jahat tapi dalam hati masih ada keinginan untuk menjadi baik
cuma tak jumpa jalan 
tak nampak bagaimana nak berubah jadi baik
perlu pembimbing
tapi siapa?

Tapi itu bukan teraju utama konflik rohani
watak utamanya ialah seorang gadis kacukan Inggeris
wang bukan masalah bagi dirinya
impiannya untuk mencari seorang yang alim atau seorang yang bergelar ustaz untuk membimbing hidupnya
tapi adakah seseorang yang seperti itu  mahu akan dirinya
mampukah dia mencari lelaki soleh seperti yang diidamkannya

Tiba-tiba dia diuji dengan ujian yang berat
dia harus memilih antara satu untuk diselamatkan
akidah atau nyawa sendiri
akhirnya dia memilih akidah
kenapa?

wahai adik-adik belia semua
begitulah bezanya jiwa insan yang ada rohani
yang membuat hati insan itu hidup, tidak mati
oleh itu adik-adik belia negara semua
untuk mengisi ROHANI dengan RUH yang baik 
perlulah ilmu
carilah ilmu itu
BUKANNYA  
macam kat bawah nih.......
pergi konsert....!!!


dan bukan macam kat bawah nih
terkinja-kinja macam .....macam apa2 je lah yang boleh adik2 bayangkan


dan bukan jugak macam nih


TAPI 
salah satunya 
salah satunya ye adik-adik belia
carilah bahan bacaan yang baik isinya
yang ada pengisian ROHANI
contohnya
macam ni.....

tak menyesal beli
sesiapa yang kenal akan penulis novel ini
yang bersahabat dengan penulis ini di fb
akan tahu hati budi dan ROHANInya
betapa sayangnya dia dengan anak-anak belia semua
yang sebaya dengan puteri cinta hatinya yang telah pergi buat selama-lamanya
betapa seringnya dia melontarkan nasihat untuk anak-anak sebangsanya
jagalah maruah diri
mantapkanlah iman
tanpa jemu
dialah PUAN RAIHAN ZAFFYA
sekian.

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.