10.2.11

valentine oh valentine

Metro hari ini - JAKIM mengisytiharkan KEMPEN PERANG JIHAD bagi menghalang remaja atau belia Islam tempatan daripada terjebak dalam sebarang bentuk aktiviti perayaan hari kekasih atau HARI VALENTINE yang bakal disambut minggu depan.


Perayaan itu dianggap 'racun' memusnahkan akidah umat Islam kerana ramai gadis Islam yang pernah terlanjur dan menghuni rumah perlindungan mengaku hamil akibat seks bebas pada malam hari sambutan berkenaaan.


Kat entri ni aku nak kongsi dengan semua orang tentang kempen AWAS! JERAT VALENTINE’S DAY anjuran JAKIM tersebut;

KENYATAAN MEDIA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA(JAKIM)

BICARAWARA & PELANCARAN KEMPEN AWAS! JERAT VALENTINE’S DAY


Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan satu program “BICARAWARA & PELANCARAN KEMPEN AWAS! JERAT VALENTINE’S DAY” pada 11 FEB 2011(Jumaat). Majlis akan bermula pada jam 8.00 malam bertempat di Aras5, Auditorium D8, Kompleks D, Putrajaya.

“Merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysiakali ke-71 (22 – 24 November 2005 ) memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.”

Sehubungan itu, orang ramai khususnya pelajar IPTA/S dan penduduk sekitar Putrajaya dan Lembah Kelang adalah dijemput hadir.

Aturcara Program Bicarawara Dan Pelancaran Kempen Awas! Jerat Valentine’s Day

TARIKH : 11 FEBRUARI 2011/JUMAAT
LOKASI : ARAS 5, AUDITORIUM D8, KOMPLEKS D, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN, PUTRAJAYA

MASA & ATURCARA

5.00 Petang – 8.00 Malam
• Ketibaan/Pendaftaran Peserta
• Makan Malam
• Solat Maghrib

8.15 Malam – 9.00 Malam
• Ketibaan Y.B Senator Dato’ Dr. Mashitah Binti Ibrahim (Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri)
• Ucapan Aluan: Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah Jakim
• Ucapan Pelancaran Kempen Oleh Y.B. Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

9.00 Malam-10.30 Malam
• Program Bicarawara:
Tajuk: Awasi Jerat Valentine’s Day

Moderator:
1. Fahrin Bin Ahmad (Celebriti Riben Merah Mac)

Ahli Panel :
1. Muhammad Asyraf Bin Ridzuan (Juara Imam Muda,Astro)
2. Puan Rosmawati Binti Zainal (Raudatus Sakinah)
3. Mohamad Zarifi Mohamad Daud (Bahagian Perancangan & Penyelidikan Syariah,Jakim)

10.30 Malam
• Penyampaian Cenderamata
• Sidang Akhbar
• Jamuan Ringan Vvip
• Bersurai
• Tamat Program


Sila ramai-ramai ke sana ya…opssss! Sambut Valentine dengan Fahrin Ahmad ok jugak apa  hikhikhik


No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...