6.2.11

TANDA-TANDA AWAL KANSER










Sesiapa pun pasti menggeruni 
penyakit ini...kalau ikut satatistik ramai 
sungguh yang meninggal kerana kanser...
kadang2 kita pun tak tau mcm mana 
kita boleh dapat 
penyakit ini...melalui makanan yang 
kita makankah? Sebab kita tak bersenamkah? 
Keturunankah? Walau apapun marilah 
kita sama-sama ambil tahu tanda2  
awal penyakit ini semoga nyawa kita 
dapat dipanjangkan lagi....
Tapi ingat hidup mati ni urusan 
Allah swt.....

1) Kanser pangkal rahim - 
sebarang lelehan atau pendarahan yg 
luarbiasa, sakit selepas bersenggama 
dan turun berat badan..

(2) Kanser payudara - 
bengkak atau gumpalan di buah dada, 
keluar cairan berdarah dari puting, 
pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan 
pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar - 
perubahan tabiat membuang air, hilang 
berat badan, sakit dalam perut dan usus, 
berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - 
batuk kuat berterusan, batuk berdarah, 
nafas termengah-mengah, sakit dada 
dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut - hilang berat badan, 
muntah berdarah, sistem pencernaan yg 
tidak teratur, cepat kenyang walaupun 
makan sedikit.

(6) Kanser limpa - 
sakit di bahagian abdomen, hilang selera 
makan, turun berat badan, kulit 
dan mata menjadi kuning dan bahagian 
abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - 
haid tidak teratur, tumbuhan keras di 
bahagian abdomen, sakit semasa 
bersenggama, ketumbuhan bulu 
rambut yg melampau, suara menjadi 
lebih mendalam.

(8) Kanser otak - 
sakit kepala, muntah-muntah, 
gangguan penglihatan, lemah atau 
lumpuh, pening/pitam, pelupa, 
perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - 
sukar dan sakit semasa kencing 
yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) -
letih, pucat, mudah lebam dan mudah 
mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - 
suara garau/serak, ada ketumbuhan di 
tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak 
di leher.











10 PENYEBAB UTAMA KANSER
(1) Makanan
(2) Alkohol
(3) Sinaran cahaya matahari
(4) Pengambilan ubat
(5) Perokok yang tidak aktif
(6) Tembakau
(7) Radiasi
(8) Pekerjaan
(9) Pencemaran air dan udara
(10) Keturunan

DIET UNTUK MENCEGAH 
BENJOLAN PADA PAYUDARA

(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat 
selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, 
B-6, dan evening primrose oil 

Lagi.....
1. Makan SATAY bersama dengan 
timunnya, sebabnya memakan satay 
bersama karbon yang terhasil 
selepas pembakaran akan 
mendatangkan kesan karsinogen! 
Karsinogen adalah Suatu keadaan 
yang menyebabkan barah, Timun adalah 
anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil 
Pil Vitamin C.. Yang mana anda akan 
mati keracunan Arsenik dalam beberapa 
jam sahaja.

3. Barah -akibat penggunaan bahan 
dalam shampoo.


Salam Ukhuwah..~

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...