4.2.11

Krisis Mesir - Tulang dan kepala Firaun dipancung di Muzium Mesir



28 Safar 1432H.
albanjarionline.blogspot.com


Muka firaun di Muzium Mesir rebah dan hancur 
di lantai muzium. 
Dipancung demonstrator. Petanda hitam buat
Hosni Mubarak. 
Pemimpin zalim wajar di'pancung'.


Tengkorak dan tulang firaun bertaburan. 
Hina dan dihinakan sepanjang zaman.
Sejarah telah membuktikan kepada kita
betapa dahsyatnya balasan Allah terhadap 
pemimpin sesebuah negara yang tidak
beriman dan zalim seperti Firaun dan Namrud.
Firaun mati lemas di tengah lautan sewaktu mengejar 
Nabi Musa a.s. dan para pengikutnya. Manakala
Namrud yang menentang Nabi Ibrahim a.s. mati
disebabkan oleh seekor nyamuk yang
masuk ke dalam otaknya. Seorang lagi manusia 
durjana yang menerima pembalasan dahsyat
daripada Allah s.w.t. sejak di dunia lagi ialah
Mustafa Kamal Ataturk.
Siapa sebenarnya Kamal Ataturk ini ?


Bagi menghancurkan pemerintahan 
Sultan Usmaniyah di Turki, pihak
Yahudi telah membuat perancangan
jangka panjang yang memakan masa lebih kurang 
400 tahun. Dendam mereka mula menyala apabila 
Sultan Orhan Ghazi (Sultan Usmaniyah Ke-2) telah
menghalau orang Yahudi dari Kota Bursa di awal 
pemerintahan Kerajaan Usmaniyah. Sultan-sultan 
Osmaniyah yang awal merupakan pemerintah yang 
beriman dan bertaqwa kepada Allah. Mereka 
sentiasa bermusuh dan tidak percayakan Yahudi.


Bagi merealisasikan cita-cita mereka, puak Yahudi 
melaksanakan pelbagai rancangan jahat termasuk 
berpura-pura masuk Islam tetapi di dalam hati 
tetap mengekalkan keyahudian mereka.
Mereka inilah digelar Yahudi Dunnama.
Puak ini memakai nama
Islam dan berusaha sedaya upaya menduduki 
jawatan-jawatan tinggi dalam pemerintahan bagi
meluaskan pengaruh mereka sedikit demi sedikit 
di kalangan masyarakat atasan. Salah satu 
kejayaan  mereka ialah meracun Sultan
Muhammad Al-Fateh.
Baginda meninggal dunia (syahid) akibat 
diracun oleh Mustafa Jocobo, seorang
doktor peribadi daripada Yahudi
Dunnama di istana Sultan.














No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...