Ikhwanul Muslimin pengganas, Yusuf Qaradhawi menyesatkan - Najib

By
Advertisement
Selepas mengejutkan umat Islam dengan meletakkan kalungan bunga sebagai tanda penghormatan di makam musuh Islam Mustafa Kemal Ataturk [Makam Kemal Ataturk], Najib sekali lagi mengejutkan kita apabila dilaporkan membayangkan Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas, malah mendakwa Ulama Besar yang menjadi rujukan dunia islam Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi sebagai membawa kesesatan di Timur Tengah.

Di bawah ini screenshot ucapan najib di Turki yang dilaporkan oleh National Review. Najib bukan sahaja menghina Ulama Besar itu, malah dilihat bangga dengan pujian dari setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton yang memuji Malaysia sebagai “modern, progressive, and moderate” [National Review]


Laporan National Review ada memetik ucapan Dato’ Sri Najib Razak di Turki yang dilihat jelas sarat dengan prasangka buruk terhadap ulama terkemuka Sheikh Yusuf al Qaradawi dan Ikhwanul Muslimin. Perdana Menteri dilaporkan menggesa agar Ikhwanul Muslimin disisihkan dari agenda Perubahan di Mesir kerana masih terlibat dengan keganasan.

Kenyataan terbaru Najib Razak juga membuka pekung kecurigaaan pemimpin tersebut terhadap ulama dan gerakan Islam seluruh dunia yang kini kian giat menyertai proses demonstrasi. Sekiranya Perdana Menteri mempunyai kebimbangan terhadap sosok seperti Sheikh Yusuf al Qaradawi, mengapa anugerahkan beliau Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan tahun 2009/1431?


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/02/ikhwanul-muslimin-pengganas-yusuf.html#ixzz1F8tYOAQ8

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.