Tomyam susu.....ehhh betul ke nama niii

By
Advertisement
Bahan-bahan :

Ayam 1 ekor (boleh ganti dgn udang, sotong, ketam, dll - mix pun boleh)
Bawang putih 4 ulas (dimayang)
Bawang besar 2 biji (dihiris)
Halia 1 inci (ketuk)
Lengkuas 1 inci (ketuk) 
Serai 2-3 batang (ketuk)
Daun Limau Purut 3-4 helai
Cili Padi 10 biji (terpulang kepada individu)
Limau Nipis 1 biji (ditambah jika perlu)
Pes Tomyam 5-6 sudu besar
Susu 250ml
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak Masak 4 sudu besar
Sayur-sayuran

Cara-cara :

1. mula2 tumis bawang putih, bawang besar, daun limau purut,
halia+lengkuas+serai+cili padi sehingga harum
2. Masukkan pes tomyam, air, garam+gula (secukup rasa) & perahan limau nipis
3. bila mendidih boleh masukkan ayam/udang/sotong
4. terakhir baru masukkan susu & sayuran
(bunga kobis, carrot, saleri, cendawan, pak choy, dll.... )

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.