Gambar Ariel Sharon koma = MUMIA FIRAUN

By
Advertisement
Ariel Sharon (bantuan·maklumat) (bahasa Ibrani: ืֲืจִื™ืֵืœ ืฉָׁืจ‏ื•ֹืŸ, juga digelar Arik ืָืจִื™ืง) (lahir 27 Februari 1928) ialah seorang bekas Perdana Menteri dan pemimpin tentera Israel yang melihat kerjaya politiknya berakhir akibat diserang angin ahmar yang teruk pada awal tahun 2006.


Sharon berkhidmat sebagai Perdana Menteri dari bulan Mac 2001 hingga April 2006, namun kuasa-kuasa jawatannya dilaksanakan oleh pemangku Perdana Menteri Ehud Olmert berikutan angin ahmar Sharon pada 4 Januari 2006. Ketika itu, Sharon mula mengalami koma dan sehingga hari ini beliau masih belum sedar.

Ketika kerjayanya yang panjang, Sharon dipandang sebagai tokoh penuh kontroversi oleh banyak pihak di dalam dan luar Israel. Penyokongnya menyanjungnya sebagai pemimpin yang cuba memmulihkan keamanan tanpa mengorbankan kepentingan keselamatan Israel. Ramai warga Israel sedemikian menganggapnya sebagai wira perang yang membantu mempertahankan negara ini ketika detik paling getirnya. Sebilangan pembangkangnya telah cuba mendakwanya sebagai penjenayah perang kerana jenayah yang didakwa berkaitan pembunuhan ramai-ramai Sabra dan Shatila ketika Perang Lubnan 1982, yang mana Suruhanjaya Kahan mendapatinya bertanggungjawab secara 'tidak langsung' dan 'persendirian'. Sementara tiada seorang pun orang Israel yang melakukan pembunuhan itu, siasatan mendapati bahawa Sharon secara persendiriannya bertanggungjawab atas pembunuhan beramai-ramai akibat kelekaan dan terlebih keyakinan. Akibatnya, Sharon dilucutkan jawatan sebagai Menteri Pertahanan. Namun begitu, Sharon masih lagi merupakan tokoh penting dalam Parti Likud, serta memegang pelbagai jawatan kanan dalam jemaah menteri dan parti, lalu menjadi pemimpin parti pada tahun 1999 dan Perdana Menteri pada tahun 2001.

Ketika berkhidmat sebagai Perdana Menteri, dasar-dasar Sharon menyebabkan pertelingkahan di dalam Parti Likud, lalu Sharon sendiri meningglkan Likud untuk membentuk parti baru, Kadima. Beliau menjadi Perdana Menteri Israel pertama yang tidak bernaung di bawah Parti Buruh Israel atau Likud — kedua-dua parti inilah yang sering mendominasi politik Israel dalam sejarah. Parti baru yang ditubuhkan Sharon itu, dengan Olmert yang menampilkan diri sebagai pemimpinnya, memenangi bilangan kerusi terbanyak dalam Knesset pada pilihanraya 2006, dan sekarang merupakan sahabat campuran kanan dalam kerajaan Israel.

Bekas Perdana Menteri Israel ke 11 yang menjadi Jeneral semasa peristiwa Nakbah pada tahun 1948 yang membawa malapetaka kepada rakyat Palestin, Ariel Sharon kini koma (Persistent vegetative state) dah macam mumia Firaun. Tengoklah ni....


0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.