9.2.11

Curang Lagi.......Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya......

Aiiiiiii.....geram betul bila baca cerita kat akhbar metro hari ni....kisah suami yang ada perempuan simpanan....
kepada para isteri yang memiliki suami yang baik,  lebih baik berpada-pada....jangan sangka air yang tenang tu NO buaya....kalau perkara begini menimpa anda...bersabar ajelah...ujian dari Allah itu pasti ada hikmahnya. Errr...nak tau kisah lanjut bacalah kat bawah ni..


GEORGETOWN: Tembelang seorang datuk berusia 51 tahun yang dipercayai bersekedudukan hampir tiga tahun bersama kekasih gelapnya terbongkar apabila dicekup isterinya di sebuah rumah di Taman Impian Ria, Bukit Mertajam, Seberang Prai Tengah (SPT), di sini, malam kelmarin.
Lebih mengejutkan hubungan sulit lelaki itu yang sudah mempunyai tiga cucu dijalin bersama teman wanitanya berusia 25 tahun dan ia gagal dihidu isterinya yang berusia 40-an.


Malah, episod tangkapan itu bukan saja dilakukan isterinya selain anggota polis, tetapi empat anak-anaknya turut melihat sendiri kecurangan bapa mereka.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menerima maklumat mengenai kes penangkapan seorang lelaki oleh anggota polis yang disyaki berkhalwat di dalam sebuah rumah.


Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, dalam pemeriksaan itu pihaknya dimaklumkan mengenai tangkapan yang dilakukan seorang wanita terhadap suaminya sendiri.


Beliau berkata, berdasarkan pemeriksaan lelaki berkenaan mempunyai enam anak hasil perkahwinannya bersama isterinya sejak hampir 30 tahun lalu dan segala tindak tanduknya gagal dikesan mahupun menunjukkan sebarang perubahan pelik.


Katanya, isteri lelaki itu memberitahu dia mempercayai suaminya selama ini yang bertanggungjawab dan penyayang.

“Begitupun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga apabila lakonan dan tembelang bagi mengaburi isteri serta anak-anaknya terbongkar.



“Paling menyedihkan, tindakan lelaki berkenaan sangat memalukan apabila ditahan isteri dan anak-anaknya sendiri,” 



No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...