6.2.11

Tanda tanda kanser payudara

Tanda-tanda Kanser Payudara - Bagaimana Rupanya? – Essei Bergambar Oleh Dr.Evelyn Ho

Gambar-gambar ehsan dari Dr Ernest Yeoh

Terdapat banyak cadangan dan permintaan untuk gambar-gambar yang memaparkan tanda-tanda kanser payudara.

Rencana bergambar ini menunjukkan tanda-tanda yang jelas mengenai kanser payudara. Kebanyakan tanda-tanda ini diperingkat yang lewat di mana tanda-tanda yang didapati lebih ketara. Kita sepatutnya lebih peka terhadap tanda-tanda awal sebelum ianya sampai keperingkat yang ditunjukkan. Walau bagaimana pun untuk penjelasan, gambar ini merupakan tanda-tanda yang harus diawasi semasa menjalankan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan.
Peringatan: Kami berharap gambar-gambar ini walaupun menakutkan anda, sebaliknya akan memberi idea bagaimana untuk mengesan kelainan di payudara anda masing-masing.
Ini menunjukkan payudara kanan (disebelah kiri gambar) lebih besar daripada payudara kiri. Perhatikan bahawa puting tidak sama paras dan yang kanan menghala ke bawah.
(Kiri) Pandangan sudut dari kanan (Kanan) Pandangan dari hadapan

Ketumbuhan boleh dilihat dibahagian atas payu dara .Puting yang menghala ke bawah lebih jelas dari sudut tepi. Terdapat juga pertukaran warna di bahagian atas payudara kanan dan kulit kelihatan nipis dan tegang. Ketumbuhan ini makin membesar dan lama kelamaan tanpa pembedahan, kanser ini akan pecah melalui kulit
Ini satu lagi ketumbuhan di payudara kanan (disebelah kiri gambar). Disini benjolan disebabkan oleh ketumbuhan itu jelas kelihatan. Ketumbuhan ini tumbuh di lapisan luar di bahagian bawah kulit payudara.
Puting kanan terletak di paras lebih rendah daripada yang kiri, ini boleh dilihat ketika kedua lengan diletak di sisi tubuh. Walaubagaimanapun, ini lebih ketara apabila kedua-dua lengan diangkat ke atas kepala. (seperti yang ditunjukkan disebelah kiri). Kedudukan dan arah puting jelas kelihatan. Pandangan dekat telah jelas menunjukkan apa yang telah diterangkan. Gambaran ini menjelaskan kepentingan melakukan langkah-langkah seperti melihat kedudukan puting semasa melakukan pemeriksaan sendiri payudara. Sila rujuk kepada artikel
Terdapat satu lekok atau kawasan yang tenggelam di bahagian atas puting payudara kiri (di sebelah kanan gambar) Ini dinamakan ‘dimpling of the skin’ atau lekukan. Lekukan kulit ini jelas kelihatan walaupun lengan diletak di sisi tubuh.Biasanya lekukan kulit ini hanya kelihatan semasa lengan diangkat ke atas kepala. Gambar di sebelah kanan menunjukkan lekukan kulit daripada sudut tepi.
Lekukan kulit terjadi akibat tarikkan kulit tisu sekitar oleh ketumbuhan di bahagian dalam payudara. Ini merupakan satu ciri kanser payudara. Anda boleh melihat kesan kanser tanpa memegang atau merasai payudara anda. Ini menunjukkan pentingnya aspek ‘melihat ‘ dan ‘merasa’ pemeriksaan sendiri payudara.
Kulit kelihatan kemerah-merahan dan tebal. Ini adalah satu contoh kanser payudara yang kelihatan seperti payudara mengalami jangkitan kuman. Ini merupakan tanda inflammasi pada kanser payudara.
Bandingkan kedua dua puting. Puting disebelah kiri (sebelah kanan gambar) tertarik ke dalam dan ini dinamakan ‘retraction’ atau penarikan. Gambar di sebelah kanan menunjukkan penarikan puting daripada sudut tepi.
Satu lagi contoh yang menunjukkan ‘retraction’ kepada puting, kali ini bersama ketumbuhan kecil di areola (iaitu kulit dikeliling puting) Terdapat juga penebalan dan kemerahan kulit areola.
Dua lagi contoh ditunjukkan di sini. ‘Peau d’orange’ adalah di mana kulit payudara kelihatan seperti kulit limau. Kulit limau Sunkist mempunyai lubang seperti ini, sebab itulah ianya dipanggil ‘peau d’orange’. Ini akibat bengkak di bahagian kulit seperti bendungan air di kulit. Payudara di sebelah kanan berada di peringkat menyerupai kulit limau yang lebih lanjut, dan juga terdapat kesan penarikan kulit dan puting ke dalam.

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...