wow.....anda sanggup beratur 3 jam hanya untuk makan burger?

By
Advertisement

Daging-daging burger yang dibakar dengan perisa istimewa daripada Burger Bakar Kaw Kaw.
KUALA LUMPUR: Sanggupkah anda beratur selama kira-kira tiga jam hanya untuk menikmati burger di sebuah gerai di tepi jalan?
Dan adakah anda juga pernah membeli sebiji burger pada harga yang mencecah sehingga RM150?
Namun pengalaman itulah yang dialami ribuan penggemar burger bakar yang mengunjungi sebuah gerai burger yang beroperasi di tepi jalan di Seksyen 2, Wangsa Maju di sini.
“Sistem order (pesanan) kami bermula pada pukul 7.45 petang. Nombor giliran akan diberi semasa order diambil,” demikian pengumuman yang tertera pada sekeping papan putih (white board) di hadapan gerai “Burger Bakar Kaw Kaw.”
Bagaimanapun, tempoh menunggu yang terlalu lama dengan purata dua jam malah boleh mengambil masa sehingga 3 jam, hampir menyamai durasi filem box office Titanic itu bukan berpunca daripada sistem operasigerai tersebut yang tidak cekap.
Namun sebaliknya, ia disebabkan oleh sambutan luar biasa daripada orang ramai, tanpa mengira umur, bangsa dan kaum.
Pelanggan berbaris panjang untuk mendapatkan Burger Bakar Kaw Kaw.
Siapa sangka Burger Bakar Kaw Kaw yang kini menjadi ikutan ramai dimiliki dua usahawan muda, Mohd Faizul Baharudin (Zul), 26, dan Nini Haznita Muhammad (Nita), 25, yang menguruskan perniagaan itu di bawahsyarikat Protalis Enterprise.
Mengenai apakah keistimewaan Burger Bakar Kaw Kaw sehingga mendapat sambutan di luar jangkaan, Zul berkata, selain menggunakan daging segar yang padat dan besar, konsep burger bakar merupakan sesuatu yangbaru di kalangan masyarakat tempatan.
“Orang kita menyukai sesuatu yang baru. Mereka tertanya-tanya dan mahu mengetahui apakah rasa sebenar burger bakar. Apatah lagi ia dijual digerai tepi jalan,” katanya kepada mStar Online di sini, baru-baru ini.
Menurut Zul, pelanggan tidak membuat perbandingan antara gerainyadengan gerai-gerai burger jalanan lain tetapi sebaliknya membandingkannya dengan restoran di pasaran termasuk yang menjual makanan segera.
“Perbandingan antara Burger Bakar Kaw Kaw dengan restoran-restoran daging amat berbeza kerana kami adalah gerai jalanan yang menawarkan burger bakar pada harga lebih murah.a.
“Kami menawarkan burger pada harga yang lebih kurang sama dengan restoran makanan segera tetapi dengan saiz hidangan (portion) burgerkami adalah dua kali ganda. Ini membuatkan apa yang pelanggan beli adalah berbaloi.
“Burger Bakar Kaw Kaw diperbuat daripada daging segar home-made yang penuh dengan perisa, pelbagai rasa yang istimewa dan tersendiri,”katanya.
Zul (kiri) dan Nita di hadapan gerai Burger Bakar Kaw Kaw.
Secara purata, Burger Bakar Kaw Kaw menerima sebanyak 250 pesanan (order) sehari, tetapi pernah mencatatkan jumlah paling tinggisehingga 300 pesanan.
“Bilangan pelanggan adalah lebih daripada itu kerana ada juga yang membeli untuk rakan-rakan dan ahli keluarga,” kata Zul sambilmemberitahu seorang pelanggan pernah memesan sebanyak 30 biji burger.
Rakan niaga Zul, Nita pula berkata, harga menu di Burger Bakar Kaw Kaw adalah serendah RM7.50 dan setinggi RM18.50, namun ia bergantung kepada citarasa dan permintaan pelanggan sekiranya mahu tambahan pattydaging burger dan set hidangan istimewa.
Gerai Burger Bakar Kaw Kaw beroperasi di tepi jalan Seksyen 2, Wangsa Maju.
“Kami pernah menjual burger yang dipanggil “Tower 20”, mengandungi 20 patty daging burger beserta keju dan bakon, berharga kira-kira RM150,” katanya.
Mengenai sistem pesanan Burger Bakar Kaw Kaw, para pekerja akan mengambil pesanan daripada pelanggan sebaik sahaja nombor gilirandiberikan kepada mereka.
Nita berkata: “Berapa panjang barisan, berapa ramai yang datang, kamitetap akan memberikan nombor giliran supaya sistem pesanan lebih lancar dan memudahkan kami menyiapkan pesanan,” katanya.
Setiap pesanan yang dibuat akan diteliti oleh garnisher iaitu pekerja yang menyediakan burger seperti yang dipesan oleh pelanggan.
“Mereka akan mengikut senarai pesanan (order sheet). Kami telah menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi setiap pesanan adalah selama 1 minit dan 25 saat,” katanya tanpa mengira bilangan dan jenis untuk sesuatu pesanan.
“Kira-kira 50 pesanan dapat disiapkan dalam tempoh sejam,” kata Nita, sambil menambah, burger yang paling digemari pelanggan Burger Bakar Kaw Kaw adalah beef burger cheezy with bacon atau menggelarkannya sebagai “Baconizer.”
Ketika mula-mula berpindah ke lokasi baru di Seksyen 2, Wangsa Maju pada akhir Disember tahun lalu, Nita berkata, hanya 100 patty daging burger yang disediakan untuk sehari.
“Namun setelah beroperasi di sini lebih tiga bulan, jumlahnya meningkat kepada 1,000 patty sehari ekoran permintaan yang amat menggalakkan,” kata Nita.
Burger Bakar Kaw Kaw beroperasi dari pukul 7.45 petang sehingga 2 pagi setiap hari kecuali Isnin.

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.