ibu mimpi arwah puteri rayu tutup akaun fbnya

By
Advertisement
Rasanya ramai dah yang baca kisah pilu ni, kisah seorang ibu yang bermimpi arwah puterinya tidak tenang gara-gara gambarnya yang tidak menutup aurat di facebook. Si ibu merayu agar sesiapa yang bijak dapat memadamkan akaun fb tersebut.

Di facebook dan di blog juga dah ramai  yang menyebarkan kisah ini.... ada yang share gambar dan ada juga yang share link remaja tersebut. Tapi aku tak tergamak nak share link remaja terbabit..... carilah ditempat lain bukan di sini.

Jom la adik-adik, kakak-kakak, makcik-makcik ambil iktibar dari kisah nih.... mati tak tau bila. Kalau tiba-tiba kita dijemput ilahi takkan kita nak biarkan gambar2 kita yang terdedah tu terus menjadi tatapan orang ramai....nauzubillah. Sedangkan kita di dalam kubur jasad semakin mereput....roh pula tak tahu aman tenteram atau sengsara.

Dengarlah cakap ustazah dan ustaz kita ye adik-adik....janganlah keras hati sangat....janganlah terlalu angkuh menjawab 'mak bapak aku tak kecoh pun' sebab dalam kubur nnt mak bapak kita yang moden dan sofistikated tu tak kan dapat tolong kita pun.

Dua pengajaran di sini:
1. Jangan sengaja mendedahkan aurat anda di Facebook.
2. Jika berlaku kematian pada ahli keluarga atau sahabat anda, tak perlu susah payah cari hacker. Hubungi Facebook dan berikan bukti kematian kemudian mereka akan tolong padamkan. Ini link nya, https://www.facebook.com/help/contact_us.php?id=305593649477238

Assalam.....

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.