sumber: Negeri Kelantan Seindah Namamu: Oki Setiana Dewi
Oleh: Rossem
Artis itu memulakan ucapan dengan kata-kata yang sangat
menyentuh hati nurani: Pertama kali aku datang ke Kelantan,
lantas aku jatuh cinta pada Tok Guru, seorang yang luar biasa,
zuhud dan sentiasa merendah diri.
Ribuan khalayak, majoritasnya anak muda yang memenuhi
gedung Kelantan Trade Centre (KTC) malam itu diam seketika
saat mendengar kata-kata yang dilontarkan artis cantik yang
melakonkan peran Ustazah Ana dalam filem “Ketika Cinta
Bertasbih” Oki Setiana Dewi.
Khalayak sepertinya terpukau bila sang artis pujaan mereka
dengan suara penuh kelembutan memuji negeri Kelantan dan
Menteri Besarnya, Tok Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sekali pandang mungkin orang tersalah tanggapan, apakah
ia benar-benar seorang artis filem dan sinatron terkenal
Indonesia, kerana penampilannya tidak seperti majoritas
artis-artis lain yang sering mendedahkan aurat, sebaliknya
Oki Setiana Dewi mengenakan jilbab labuh mentutupi sehingga
paras dadanya. Bertambah cantik dan ayu bila dipadankan
dengan baju warna unggu yang dipakai malam itu.
“Oki memakai jilbab bukan disebabkan mahu menghadiri
acara “Bicara Selebriti” yang dianjurkan Kerajaan Negeri
Kelantan, di Kota Bharu, tapi Oki memakai jilbab sejak
usia 16 tahun dan sebelum berlakon filem” tutur Oki.
Ketika usianya 16 tahun ia bertekad mahu menjadi seorang
solehah , meskipun ia menyedari ilmu agamanya sangat
minimum ketika itu. Namun telah tertanam dalam hati
nuraninya satu perasaan bahawa perjalanan hidupnya kini
menuju Allah SWT. Memakai kerudung adalah satu perintah
agama, untuk menjaga keselamatan wanita, justeru tiada
alasan untuk muslimah mengingkarinya.
Sehingga jika datang keinginan untuk melakukan hal-hal yang
ditegah agama, ia teringat kerudung yang dipakainya, lantas
tak jadi melakukannya. Kata Oki yang ketika itu tinggal di
Batam, Riau bersama orang tuanya.
Namun memakai jilbab atau kerudung dalam usia muda
pastinya banyak cabaran. Pernah orang bertanya, kenapa
sih kamu pakai kerudung, bukankah itu pakaian Arab?
Oki lantas menjelaskan, ini bukan pakaian Arab tapi
pakaian Islam bagi muslimah. Beritahu Oki di acara
bicara Selebriti malam itu.
Oki sejak dari kecil bercita-cita mahu jadi artis, namun setelah
berubah ke jalan Allah dengan memakali kerudung dalam
usia 16 tahun, ia merasakan peluangnya untuk menjadi artis
tertutup rapat. Cita-citanya harus dikuburkan kerana mana
ada direktor filem mahu mengambil wanita yang memakali
kerudung sebagai artis. Lantas Oki bercita-cita pula mahu
menjadi guru.
Selanjutnya, kata Oki “Suatu hari, tanpa diduga, terima
telefon dari direktor filem. Kamu ditawarkan berlakon filem.
Belum usai percakapan, Oki beritahu, aku sekarang
memakai jilbab. Mana bisa…Jawab direktor. Bisa!”
Mendengar tawaran itu, cita-citanya mahu jadi artis filem
seperti hidup kembali. Ia berlari ke musolla lantas mengadu
kepada Allah SWT. “Ya Allah, aku sekarang sedang berlari
menuju-Mu. Manakala rezeki juga di tangan-Mu. Jangan
persulitkan rezekiku lantaran jilbab ku ini. Namun paling
penting, apakah dengan pekerjaan ku (rezeki) sebagai
pelakon filem kelak akan berpaling dari-Mu?
Oki diterima berlakon untuk filem “Ketika Cinta Bertasbih”
yang diangkat dari novel Islami terkenal hasih karya
Habiburrahman El-Shirazy dan diberi peranan sebagai
ustazah Ana. Filem itu bukan saja diminati di Indonesia,
bahkan Malaysia.
Menurut Oki, maklumbalas yang diterimanya selepas publik
menonton filem KCB, ramai remaja perempuan mula memakai
kerudung. Ini adalah kesan positif yang diterima mereka lewat
filem itu. Dan ini merupakan salah satu dari uslud dakwah.
Mengakhiri “Bicara Selebriti” Oki mendeklamasi sebuah puisi
terkait dengan pengalamannya selama 4 hari di Kelantan dan
kesempatan berjumpa dengan Menteri Besar Tuan Guru Nik
Abdul Aziz Nik Mat di kediaman rasmi Tok Guru, di JKR 10.
Negeri Kelantan Seindah NamamuTanah Serendah Sekebun Bunga
Negeri Tadahan WahyuCik Siti Wan Kembang
Cukup indah namamuSeindah negerimu
DuhaiWajahmu nan indah
Persis Jeddah Yang pernah ku lewati
Taat menjunjug al-Quran
Teguh menggalas syariat
Yang tidak pernah goyah
Tersentuh hati kudus ku
Lantaran aku di sini
Biar tidak pernah ku duga
Bertemu seorang ulama’
Yang dicintai rakyatnya
Lalu…Kuntum rindu yang lama tersimpan
Terubat jua akhirnya
Biar sekelumit
Cuma Beruntung rakyatnya
Menumpang teduh seorang ulama’
Yang lembut… tapi tegas beribadat
Yang pengasih…namun tidak goyah
Pada percikkan kealpaan dunia
Pasti aku merindui mu lagi
Entah kapan bisa diubati
Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu
Moga sejahtera selamanya
Memacu Membangun Bersama Islam
Moga kita bertemu kembali
Selama berada di Kelantan, Oki juga meluncurkan buku novel terbaru
beliau selepas novel pertama Melukis Pelangi di Perpustakaan
Negeri Kelantan. Manakala pada pagi Jumaat Oki menghadiri kuliah
mingguan Tok Guru di Medan Ilmu, Kota Bharu.
Seperti kata moderator pada malam itu, pengacara undangan
dari TV Hijrah, Amim Idris, Negeri Kelantan sejak dulu menjadi
tempat artis-artis yang berhijrah kepada kehidupan lebih Islami
meluahkan perasaan dan isi hati mereka untuk dikongsi bersama bagi menghidupkan dakwah Islamiyyah dan memantapkan iman.
Tahniah penganjur khususnya YB Ustaz Ahmad Bhaiki Atiqullah.
No comments:
Post a Comment