1.8.12

Subhanallah! Bayi Dalam Kandungan Memegang Tangan Doktor



Ini bukan kisah baru, tetapi sudah lama ia berlaku. Dua keping gambar menakjubkan ini dirakamkan oleh jurugambar akhbar USA Today ketika proses kelahiran seorang bayi yang baru mencecah usia kandungan 21 minggu. Jurugambar yang bekerja di Nashville, Tennessee, dia berasa gembira kerana berjaya merakamkan saat-saat manis ketika tangan bayi itu kelihatan memegang tangan doktor.
Ia berlaku pada pada tahun 1999, ketika itu usia janin bayi ini baru berusia 21 minggu dalam rahim ibu.  Ia dianggap terlalu awal untuk dibedah. Doktor pula cuba mempertimbangkan sama ada mahu membuat operasi pembedahan ataupun tidak. Jika cuai, ia akan memberikan risiko terhadap pembedahan ini, dan akan menyebabkan kelahiran tidak cukup bulan.
Bayi lelaki itu yang diberi nama Samuel mengeluarkan tangan kecilnya dari lubang bedah rahim ibunya. Ketika doktor mengangkat tangannya, Samuel memberi reaksi terhadap sentuhan dan meramas jari doktor. Seolah-olah memohon kekuatan untuk dikeluarkan dari rahim ibunya!
Sumber Melayukini.net - Kuasa Allah SWT terhadap hambaNya. Tindakan bayi itu dilihat seperti bersedia mahu keluar dan seoalah-olah mengetahui penantian oleh kedua ibu bapanya. Mungkin pada ketika ini, bayi ini sudah pun meningkat remaja dan sudahpun mula bersekolah. Sesungguhnya ini semua adalah perancangan dari Allah SWT.







✿*~ tekan like jika suka dengan apa yang anda baca....tq ~*✿

2 comments:

Unknown said...

subhanallah...comelnye

Sari said...

hehe.... dah besar agaknya dia

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...