Malam amatlah indah walaupun kalbu masih terdera,
kita terpaksa menyambut senyum demokrasi yang lara.
Dataran Merdeka tak lagi dipupuk gah sejarahnya
kerana tak digalak ia untuk lebih bersejarah.
Kini di mana-mana sajalah Dataran Suara kita!
Angin sejarah yang tulen kini makin berhembus kencang
mencanda panji negara yang berkibar girang dan garang;
dan seragam gelombang kuning -- diri kita yang sejati --
menghimpun azam dan tekad untuk tulus damai berbakti,
menjeritkan: Janji Demokrasi, ya, Janji Demokrasi!
Kita mulai dihindar untuk mengalir ke Dataran;
di mana sajalah kini kita rai kemerdekaan.
Kita enggan menjadi wira ciplakan di dalam mimpi.
Kita laungkan jerit senyaringnya: "Janji Demokrasi!"
sehinggalah janji itu turut menjeritnya sendiri!
Pak Samad
28 Ogos 2012
wahhh..... bangga aku tengok budak panjang yang berdiri kat belakang A Samad Said tu.... dah berdiri di atas pentas nampaknya dia... tahniah dikkk.....akak doakan kau berjaya capai cita-cita nak menegakkan Islam di bumi Malaysia ni.... lama kita tak gaduh kat fb kan.....ngeeee~~~
No comments:
Post a Comment