30.8.12

Ibu-ibu.... bapak-bapak yang ada anak perempuan sila ambil perhatian dan langkah keselamatan yang sewajarnya kerana mulai sekarang jika anak kecil anda dirogol belum tentu lagi anda akan dapat melihat pelakunya diberi hukuman yang setimpal.



Ibu-ibu.... bapak-bapak yang ada anak perempuan sila ambil perhatian dan langkah keselamatan yang sewajarnya kerana mulai sekarang jika anak kecil anda dirogol belum tentu lagi anda akan dapat melihat pelakunya diberi hukuman yang setimpal. 

Dan sekali lagi gadis-gadis di luar sana sila ambil perhatian..... perhatikan wajah dua lelaki durjana perosak masa depan gadis ini baik-baik. Ada sesiapa yang nak buat jadi suami? Makcik2 ada yang berkenan buat menantu? Suka hati.......!!!

Bebas Perogol Kanak-Kanak Bawah Umur Mahkamah perlu Dipersalahkan  
Noor Afizal Azizan dan Chuah Guan Chew - Dua Perogol kanak-kanak
bawah Umur - di
bebaskan daripada hukuman mandatori penjara


Malaysia akan meraikan Hari Kemerdekaannya yang ke 55 menjelang malam ini. Tapi sistem perundangannya masih dalam tidak karuan.

Hakim di mahkamah Malaysia boleh buat undang-undang ikut suka hati masing-masing dan tidak payah ikut buku. Kalau macam itu, siapa-siapa pun boleh jadi hakim. 

Di bawah undang-undang Malaysia , hubungan seks dengan gadis bawah umur dianggap sebagai rogol tanpa mengira adakah gadis itu bersetuju dengan perlakuan atau tidak dan mereka yang disabitkan dengan jenayah mandatori dikenakan hukuman bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu:

"Barang siapa melakukan rogol hendaklah dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan hendaklah kenakan hukuman sebat." Lihat di sini

Ini menyebabkan bapa gadis 12 tahun yang dirogol oleh juruteknik Chuah Guan Jiu tidak berpuas hati kerana perogol anak gadisnya yang didapati bersalah itu hanya dikenakan ikat jamin RM25,000 dan berkelakuan baik 3 tahun. Kalau ikut buku sepatutnya paling minima kena 5 tahun penjara dan sebatan!


Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz berkata , "Mahkamah mengambil kira bahawa Chuah masih muda dan merupakan kesalahannya yang pertama.Kami juga mengambil kira hubungan seks tersebut atas kerelaan dan dia seorang pelajar yang tercicir dan demi masa depannya."

Beliau telah memfailkan rayuan menuntut keadilan berikutan keputusan Mahkamah Sesyen yang dilihat lebih bersimpati kepada pesalah.

Beliau berkata, Chuah, 22, telah memusnahkan masa depan anaknya yang masih kanak-kanak tetapi mahkamah tidak mengambil kira apabila mengenakan hukuman.

“Sebaliknya, mahkamah hanya mementingkan masa depan perogol itu dan dia kini bebas mencari mangsa gadis muda yang lain, " katanya.

Sebelum ini, bekas pemain bowling kebangsaan , Noor Afizal Azizan disabitkan kesalahan merogol seorang gadis 13 tahun juga telah dibebasklan dengan ikat jamin RM25, 000 untuk kelakuan baik. Ini juga mana ada ikut buku!

Dua keputusan mahkamah ini yang sepatutnya mengenakan hukuman penjara dan sebatan tetapi sebaliknya hanya dibound - over telah mencetuskan kemarahan orang ramai. Korang jangan tunggu bila ada anak korang atau sedara mara korang jadi mangsa baru nak naik hangit!

Mahkamah lebih bersimpati kepada pesalah laku dan bukan mangsa yang telah dimusnahkan masa depannya.


Ketua publisiti kebangsaan DAP Tony Pua (kiri) berkata , hakim telah mengambil undang-undang ke dalam tangan mereka sendiri dan mengetepikan undang-undang yang diluluskan di Parlimen.  

"Mereka mengabaikan apa yang dinyatakan dalam undang-undang, yang menyatakan hukuman penjara. Ini bukan tafsiran undang-undang, ia ditulis semula," kata ahli parlimen itu, menambah, " Hakim tidak mempunyai kuasa untuk menulis undang-undang mereka sendiri."

"Undang-undang boleh berubah, tetapi oleh institusi yang betul seperti Parlimen, dan bukan oleh badan kehakiman. Saya tidak faham mengapa penghakiman buat keputusan seperti itu.

sumber


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

1 comment:

AisNy said...

masih boleh buat rayuan lagi...

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...