PASIR MAS: Petugas, Nik Maznah Nik Mamat, 50 (kiri) bersama Nurul Syazliana Mohd Sukarno, 27, tekun menyiapkan bentuk Jalur Gemilang bersaiz 100 kaki panjang dan 14 kaki lebar di Sekolah Menengah Panglima Raja sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55. Seramai 300 orang bergotong-royong bermula 29 Ogos dan sebanyak 2,500 Kg pulut digunakan. FOTO Fathil Asri (30/08/2012) Tak bangga langsung tengok gambar kat atas nih. Siapa punya idealah ni..... orang Islam ke? Kalau Islam takkkan lah bodoh sangat tak tahu hukum membazirkan makanan tu berdosa. 2,500 kg pulut tuh!!!! Dalam pada masih ramai yang kebulur tak makan kat dunia ni kita kat Malaysia senang-senang je bazirkan beras pulut.... tak kira la jalur gemilang tak gemilang! Tak ada benda lain ke selain pulut? Haiiii....sedih aku tengok makanan dibazirkan macam tu. Bukan aku je.... malah ramai lagi yang tengok gambar ni sependapat dengan aku. Tengok SINI. Membazir tu amalan syaitoooonnnn.... huhuuu Ps: Malaysia memang handal bab cipta rekod berasaskan makanan nih.... sebelum ni pun ada semua ok lagi asalkan makanan tu boleh dimakan tak dibazirkan..... pasni apa lagi ekkk |
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿
1 comment:
Banyak lagi rakyat yang susah yang perlukan bantuan, alangkah bahagianya mereka sekiranya mendapatkan makanan tersebut. Pahala hingga keakhirat tapi kalau nak nama paling lama satu atau dua hari je disebut orang.
Post a Comment