2.7.12

Sangka Diculik Rupanya Mati Bawah Timbunan Baju



Zyia Turner
Detroit – Gerakan mencari seorang bayi perempuan berusia 17 bulan yang sebelum ini hilang di rumahnya berakhir selepas mayat bayi berkenaan ditemui di bawah timbunan baju dalam almari di rumah neneknya.
Kejadian berlaku ketika Zyia Turner bersama kanak-kanak lain dijaga oleh bapa saudaranya.


Menurut neneknya, Bridget Elam, dia menerima panggilan telefon daripada anaknya itu memaklumkan kehilangan Zyia pada pukul 3.46 petang.
“Kali terakhir saya melihat Zyia ketika di bilik makan. Kehilangannya menyebabkan kami menjadi panik,’’ kata Elam yang kemudian memaklumkan kepada bapa Zyia, Emmanuel Turner sebelum operasi mencari digerakkan.
Bimbang bayi itu diculik, mereka telah mengedarkan risalah di kawasan sekitar dan turut menghubungi pihak polis.
Namun mereka semua terkejut selepas seekor anjing mengesan bayi itu di bawah timbunan baju di dalam almari, dalam keadaan tidak bernyawa.
“Kami semua menyalahkan diri sendiri kerana tidak memeriksa bahagian tersebut. Ia merupakan satu kemalangan dan kami perlu menghadapinya,’’ katanya.
Dalam pada itu, polis berkata, bapa saudara Zyia telah ditahan dan mereka sekeluarga juga telah memberikan kerjasama penuh dalam kes tersebut.
Punca kematian bayi itu masih belum didedahkan biarpun bedah siasat ke atasnya telah selesai.
Polis memaklumkan, kes itu masih dalam siasatan dan beberapa orang telah dipanggil memberikan keterangan.



✿*~ kalau suka N3 jangan lupa tekan 'like' ye ...terima kasih ~*✿

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...