11.7.12

ewahhh artis ni dah la kritik Maher Zain pastu berkempen untuk Najib pulak!!!



kalau diberi pilihan antara artis bawah ni dengan Maher Zain sapa yang korang pilih
tak pe2..... simpan je jawapan tu
masing2 ada citarasa sendiri 
tapi bila baca artikel ni rasa macam pelik la pulak
apasal tetiba je 'petik' nama Maher Zain
tak baik la macam tu
boleh menaikkan emosi peminat Maher Zain tau
dan pasal berkempen tu....
tak salah dia nak berkempen tapi tempat tak sesuweiiii bang....wakakaka
pape pun baca dulu n3 bawah ni ye


SUDAH lama tidak menulis diruangan kolumnis ini. Almaklumlah sekarang saya agak sibuk untuk mendalami sebuah lagi aliran seni yang memang sudah lama saya hajati untuk mendalaminya yakni seni muzik.

Minta maaf kepada semua kerana komitmen saya baru-baru ini dalam bidang penulisan agak meleset. Kalau istilah orang seni ia digelar ‘zaman peram’. Memang dahsyat seni yang dipeloporkan oleh sarjana hebat dunia Al-Farabi ini.
Gitar saya walaupun hanya enam tali tetapi ia mengandungi berjuta bahasa melodi yang unik. Namun itulah seni. 
Jika ingin menjadi manusia seni usah kita mengkritik seni yang lain jika kita rasa tergugat maka bersainglah secara sihat seperti persaingan ideologi, kemahiran, jiwa dan sebagainya bukan dengan marah membabi buta. 
Pada 28 Jun yang lalu, saya menonton saluran satu (memang antara aktiviti pagi saya adalah menonton RTM), saya dipertontonkan dengan kemunculan tetamu yakni seorang penyanyi 80an bersama-sama kumpulan Headwind suatu ketika dulu. 
Penyanyi tersebut ramai yang mengenali beliau. Beliau adalah Zainal Abidin. Kehadiran penyanyi itu bertujuan untuk mewakili tiga penyanyi yang lain bagi mempromosikan konsert Empat Legenda (dulu, kini dan selamanya).
Empat legenda yang dimaksudkan adalah Amy (Search), Jamal Abdillah, Sheila Majid dan Zainal Abidin itu sendiri. Saya pun betul-betul memasang telinga mendengar celoteh yang bakal disampaikan oleh pengacara dan tetamu tersebut. 
Bila sampai sahaja satu pertanyaan, Zainal Abidin dengan secara emosinya telah menghentam penyanyi popular dunia yang juga diminati di Malaysia yakni Maher Zain. Perbualan panjang antara mereka berdua (pengacara dan Zainal Abidin) sudah ditambahi dengan emosi Zainal.
Saya agak terkejut dengan kritikan emosi yang dilemparkan dari Zainal terhadap Maher Zain. Apa masalah dengan konsert Maher Zain untuk dikaitkan dengan konsert Empat Legenda itu? Apa salahnya Maher Zain di sisi Zainal? 
Zainal begitu terang menyebut nama Maher Zain serta memperlekehkan karya Maher Zain dengan kenyataan muzik seperti Maher Zain itu biasa-biasa sahaja. Saya kebingungan.
Emosi Zainal itu timbul apabila pengacara SP1M (Selamat Pagi Satu Malaysia) bertanya, mengapa dikenakan tiket yang agak begitu mahal? Maka dari soalan itu Zainal seperti menuding jari menyalahkan tindakan seperti mengadakan konsert percuma termasuk konsert Maher Zain.
Lagilah saya terkejut, bila pula Maher Zain buat konsert percuma? Bukan ‘Jom Heboh’ dan seangkatan dengan itu ke yang buat konsert percuma? Kalau ada pun apa salahnya (boleh saya mencelah datang). 
Ingatkan cukup setakat itu, Zainal menambah lagi dengan mengkritik muzik yang dibawa oleh Maher Zain. Kenyataan Zainal adalah mengenai seni. Maka perkara ini harus dilihat melalui seni.
Baik ayuh kita lihat dari segi seni. Siapa Zainal Abidin untuk digelar legenda? Apa lagu yang dikaryakan oleh Zainal Abidin? Seorang legenda tidak akan mengkritik hasil karya seniman lain. Maher Zain dalam lagunya ada unsur dakwah, tetapi adakah Zainal dalam lagu Suraya ada unsur dakwah? 
Seni itu luas. Zainal mungkin ada seninya dari segi suara yang dianugerahkan berbanding Maher Zain, tetapi itu bukanlah lesen untuk Zainal mengkritik karya orang lain seperti Maher Zain. Maher Zain juga ada kelebihannya yakni mengkaryakan muzik serta liriknya sendiri.
Kelebihan itu pula tidak ada pada Zainal. Maka Zainal harus melihat perkara itu. Seperkara lagi apabila pengacara SP1M memberi ruang kepada Zainal memberi ucapan pada peminat untuk konsert tersebut, perkara yang pelik sudah berlaku. 
Bukan ucapan untuk konsert itu malah Zainal menghabiskan masa yang ada untuk mengempen kerajaan Barisan Nasional di bawah pemerintahan Najib Razak. Pelik saya melihat mamat Zainal ni. Apa pun konsert itu telahpun menutup tirai. Entah untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
http://www.nusajayakini.com/2012/07/zainal-abidin-headwind-kritik-maher.html 


✿*~ kalau suka N3 jangan lupa tekan 'like' ye ...terima kasih ~*✿

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...