Perancis merupakan negara yang kaya dengan sejarah. Menara Eiffel menjadi salah satu monumen bersejarah yang paling terkenal dari negeri romantis itu. Namun, selain Eiffel, Perancis juga mempunyai monumen bersejarah lain seperti Istana Versailles.
Istana Versailles memang pusat kekuatan politik sejak zaman pemerintahan Raja Louis XIV pada akhir tahun 1600-an. Istana ini merupakan lambang keindahan sejarah Perancis yang tidak kalah menariknya dengan sejarah negara-negara lain di benua Eropah. Dengan inspirasi itu, pembekal keretapi Perancis, SNCF, bekerja sama dengan pegawai Istana Versailles menukar gerabak-gerabak keretapi RER agar menyerupai reka bentuk interior istana tersebut.
Mereka menggunakan kertas dinding dan skrin plastik berteknologi canggih untuk memaparkan gambar bahagian dalam Istana Versailles secara bergantian, bahkan, ada beberapa gerabak yang dilengkapi dengan lukisan asli.
Idea pembaharuan kereta ini sudah diluluskan secara rasmi oleh pegawai Istana Versailles. Tujuannya agar para penumpang yang menggunakan perkhidmatan keretapi ini tidak hanya diberikan kemudahan saat perjalanan, tetapi juga keindahan gerabak yang dapat dinikmati selama perjalanan yang membuat mereka seakan-akan ada di dalam kereta kerajaan.
Penasaran seperti apa indahnya keretapi komuter di Perancis? Lihatlah beberapa gambar dalam keretapi komuter di bawah ini.
✿*~ kalau suka N3 jangan lupa tekan 'like' ye ...terima kasih ~*✿
No comments:
Post a Comment