26.4.11

MEMELIHARA WUDUK




Bismilahirahmanirahim,
WUDUK….
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, basuhlah muka dan tangan kamu sampai siku dan sapulah kepala kamu dan basuh kaki kamu hingga keduamata kaki” (Surah al-Maidah ayat 6)
Banyak hadis yang menganjurkan supaya kita berada dalam keadaan berwuduk, walaupun kita tidak mahu mendirikan solat.
Berdasarkan sunah ini , generasi sahabat sehinga generasi orang soleh, sentiasa menjaga wuduk mereka dalam segala hal , sama ada semasa mereka dalam perjalanan, membaca al-Quran, menuntut ilmu, bekerja , ketia hendak tidur dan juga termasuk dalam sebelum dan selepas bersetubuh.
Rasulullah pernah berkata, “ Apabila kamu hendak tidur, berwuduklah seperti kamu hendak solat. Sesudah itu berbaringlah ke kanan dan bacalah ‘YA ALLAH, kuserahkan diriku kepadamun, kuserahkan segala urusanku kepadamu, aku berlindung kepadamu.
Tidak ada tempat berlindung dan tempat mencari keselamatan kecuali kepadamu.Ya Allah, aku percaya pada kitab yang Engkau turunkan dan kepada Nabi yang kau utuskan.’ Sekiranya kamu mati pada malam itu, maka kamu mati dalam Muslim. Jadikanlah doa itu sebagai akhir pembicaraan kamu.” (hadis Riwayat Bukhari)
Melalui wuduk, ia dapat membersihkan orang yang berpotensi menjadi  orang yang khianat,penipu , perompak , pendusta dan penjahat. Apabila kita suci, kita dapat memperbaiki kehidupan social , ekonomi, politik undang-undang dan keamanan.
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Pada Hari Kiamat , umatku dipanggil dengan ghurram muhajjalin, kerana bekas wuduknya (yang bercahaya). Siapa yang mahu menambah ghurramnya, silalah lakukan,” (Hadis Riwayat Bukhari).
Akan dibukakan lapan pintu syurga bagi mereka yang menjaga wuduk dan dia boleh masuk melalui pintu mana yang dia mahu.
Insya Allah, setelah saya mengetahui kelebihan wuduk ini, saya sentiasa menjaga ia. Semoga setiap pekerjaan yang dilakukan dari mulanya dalam keadaan suci akan memberi berpuluh kali ganda pahala. Sambil menonton bola sambil mempunyai wuduk misalannya.
Dari pandangan Sains pasal wuduk…
 
Dr. Magomed Magomedov dari Department of Man’s Hygiene and Ecology di Akademi Perubatan Daghestan State telah menulis satu artikel yang bertajuk “Muslims Rituals and their effect on the person’s health” (Ibadah Muslim dan kesannya ke atas kesihatan seseorang).
 
Di dalam artikel tersebut, beliau menyatakan bahawa berwuduk dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan cara merangsang kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai Kawasan Aktif Biologi atau Biological Active Spots.
 
Menurut Dr tersebut , bangsa Cina banyak mengkaji tentang ilmu sains refleksologi dan mereka meyakini jika Kawasan Aktif Biologi dirangsang ia akan merangsang sistem saraf di dalam badan sekaligus memberi kesan yang positif terhadap kesihatan seseorang.
Mengikut ilmu perubatan Cina, badan manusia mempunyai lebih kurang 700 Kawasan Aktif Biologi dan 66 daripadanya memberi kesan positif yang segera sekiranya dirangsang.
Apa yang menakjubkan ialah 61 daripada 66 kawasan tersebut berada di kawasan wuduk utama orang Islam. Lima lagi berada di kawasan di antara buku lali dan lutut iaitu kawasan yang disunatkan berwuduk.
Berhubung dengan kawasan yang khusus (antara buku lali dan lutut) ini, Muslim meriwayatkan sabda Nabi yang bermaksud: “Sesiapa yang mampu di antara kamu maka hendaklah dia memanjangkan ghurrah dan tahjeelnya.”
Ghurrah bermaksud membasuh muka melebihi kawasan muka yang biasa dan tahjeel pula bermaksud membasuh tangan melebihi siku dan membasuh kaki melebihi kawasan buku lali iaitu di antara buku lali dan lutut.
Selain daripada ibadah, wuduk juga mengandungi penawar yang mampu mencegah pelbagai penyakit. Dr. Magomed Magomedov menyatakan bahawa apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwuduk, ia akan merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru (recharge) kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan serta saraf.
Apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok, ia merangsang sistem saraf bagi mengelokkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu, tiroid (thyroid) dan kawasan pinggang (lumbar area).
Apabila kawasan kaki kiri dibasuh dan digosok, saraf berperanan untuk mengelokkan kelenjarpituitary dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin.
Di samping itu, Mukhtar Salem menyatakan di dalam bukunya yang bertajuk: “Prayers: A Sport for The Soul and Body” bahawa berwuduk boleh mencegah seseorang daripada mendapat kanser.
Hal ini adalah kerana mengikut kajian semasa, salah satu punca kanser ialah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang kesan daripada pencemaran yang berlaku pada hari ini. Oleh sebab itu, pembasuhan badan melalui wuduk dapat membersihkan badan daripada kesan pencemaran tersebut
 Insya Allah, segala dosa diampuni dengan melakukan amalan sunnah Rasulullah yang ke enam ini.





2 comments:

Bang Has said...

salam lawatan ..

Granny Hani said...

tq. infomasi yg penting tapi sering di abaikan.

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...