19.4.11

Farahhana gelar Tuan Guru Nik Aziz "pelacur politik" pula

Kalau sebelum ini Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahhana Jamaludin pernah menggelarkan Tuan Guru Nik Aziz sebagai Ayah Pin, sila rujuk sini (link)
Kali ini perempuan  ini menggelarkan Tuan Guru Nik Aziz sebagai "pelacur politik" pula. Di bawah ini screenshot laporan berita yang dipetik dari Utusan Malaysia (Utusan)

Dalam pada itu, Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahhana Jamaludin berkata, sekiranya Anwar enggan menyaman 'Datuk T', maka adalah wajar Nik Abdul Aziz dan Pas pula mengambil tindakan undang-undang itu.


"Tindakan menyaman 'Datuk T' ini adalah wajar ekoran Ketua Pembangkang dan keluarga (isteri dan anaknya, Nurul Izzah) berkeras menafikan bahawa pelaku di dalam video seks itu bukan Anwar Ibrahim.


"Selain mendapatkan kebenaran, tindakan saman ini juga adalah perlu bagi membuktikan Nik Aziz jujur kepada pengikut-pengikutnya dan ia bukan satu permainan politik," katanya ketika dihubungi.


Jelas beliau, sekiranya Nik Aziz enggan menyaman Anwar maka sesuailah jolokan sebagai 'pelacur politik' untuk beliau kerana sanggup membelakangkan agama semata-mata ingin mempertahankan agenda politik.


"Sebelum ini, negara digegarkan dengan ajaran sesat oleh Ayah Pin, kini 'Ayah Nik' pula iaitu individu yang sanggup berbohong demi mempertahankan kuasa dan politik semata-mata,'' tegas Farahhana.

"Angin tak ada ribut tak ada, Tuan Guru Nik Aziz disuruh saman Anwar, bengong..."


sumber: milo suam

1 comment:

alexayussida said...

statement x guna akal ke tuh..huu

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...