28.4.11

Filem Ombak Rindu

Wahhh...pasti ramai yang tak sabar nak menonton filem Ombak Rindu kan.....
kalau  novelnya pun ulang cetak sampai duabelas kali ni mau RM12 juta boleh kutip nih....

Filem Ombak Rindu diadaptasi dari novel popular OMBAK RINDU karya Fauziah Ashari.


Foto
PENGARAH dan pelakon yang terbabit dalam filem Ombak Rindu.


ehhhh......ada sikit adegan romantis lerrr....ishhh (pejam mata)
Foto
ANTARA babak panas dalam Ombak Rindu.







Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu.
Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah.  Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?


Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah

MAYA KARIN
AARON AZIZ
LISA SURIHANI
BRONT PALARAE
AZIZAH MAHZAN
ZAIDI OMAR
NORMAH DAMANHURI
NATASHA HUDSON


2 comments:

Honey Bhulat said...

xsabar mahu tgk movie nie...sgt best jln cte dia..novel dah katam sekian lama dahulu....wajib tonton nie

Sari said...

betul2.....standby tisu bebanyak tau...

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...