Ini adalah pos dari kelab penyokong Lin Dan di China untuk DLCW - sila baca!!!

By
Advertisement

Akhirnya Adun Manoharan  memohon maaf juga kepada Datuk Lee Chong Wei. Seorang yang bergelar Adun tidak sepatutnya memberi komen yang tidak wajar mengenai  kekalahan atlit negara tersebut. Memang patut pun kena kecam. 



SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M. Manoharan hari ini memohon maaf kepada pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan keluarganya berhubung kenyataan beliau dua hari lalu.

"Saya secara ikhlas berharap permintaan maaf saya akan diterima," kata beliau menerusi laman mikro Twitter kira-kira 12.30 tengah hari tadi.Dalam mesej susulan, wakil rakyat DAP itu menulis, "saya amat menyesal dengan komen-komen yang saya keluarkan dan menghulur permohonan maaf sepenuh hati kepada Datuk Lee Chong Wei dan keluarganya," kata beliau lagi.

Permohonan maaf itu muncul beberapa jam selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Penasihatnya, Lim Kit Siang mengecam kenyataan Manoharan.Kira-kira 10 pagi tadi, Kit Siang menerusi akaun Twitternya berkata, "selamat kembali ke tanah air kepada Lee Chong, yang diberikan sambutan wira oleh kesemua rakyat Malaysia."

"@mmanoADUN (Manoharan) akan memohon maaf atas komen yang tidak wajar mengenai final LCW-LD (Lee Chong Wei-Lin Dan," katanya lagi.Semalam, Kit Siang mengesyorkan kepada Kabinet agar memberi Chong Wei anugerah Atlet Sepanjang Dekad sebagai pengiktirafan atas sumbangan beliau
.Ketika ditemui pemberita di Georgetown, Pulau Pinang, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, kenyataan dibuat wakil rakyat itu adalah sesuatu yang sangat tidak sensitif.

Dipetik The Star, katanya, Manoharan tidak mewakili parti dan seorang diri apabila membuat kenyataan sedemikian.Sinar Harian hari ini membawa laporan memetik beberapa pemimpin termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyelar kenyataanManoharan yang didakwa mempolitikkan kekalahan tipis Chong Wei di tangan Lin Dan di Sukan Olimpik London 2012, kelmarin.

Walaupun kesemua kenyataan pemimpin pembangkang tersebut dibuat di Twitter masing-masing bersifat peribadi tetapi secara tidak langsung menunjukkan kekesalan dengan kenyataan dibuat wakil rakyat DAP itu.Anwar menulis di Twitternya  ketika menjawab pertanyaan seorang pengikutnya “ulasan tidak bijak; pertahan semangat sukan!”.Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad juga mengutuk kenyataan Manoharan yang dikatakan tidak wajar dikeluarkan.Twitternya menyebut ‘tak wajar mana-mana pihak memperkecilkan usaha Chong Wei semalam kerana ketaksuban’.Malam kelmarin, Manoharan dilihat mula menulis kenyataan-kenyataan di Twitter sejurus selepas Chong Wei tewas dengan mengatakan Lin Dan telah menang dan dia bermain lebih baik daripada "Lee Chong AWAY.."

Malah Manoharan turut dicemuh oleh beberapa pengguna laman sosial itu ekoran kenyataan yang dibuat ketika rakyat negara ini dilihat sedang bersedih ekoran kegagalan Chong  Wei membawa pulang emas pertama untuk negara.Ia merupakan peluang terakhir Chong Wei untuk menghadiahkan sebutir pingat emas kepada 28 juta penduduk negara ini. ~sinarharian


Yang di bawah ini adalah dari kelab penyokong Lin Dan di China - sila baca!!!



Nampak tak betapa bezanya akal orang yang matang dengan separa matang mengulas sesuatu perkara. Kepada yang kutuk2 DLCW tu harap sedar diri..... sekurang-kurangnya nama dia dah terpahat dalam sejarah Malaysia atlit ke sukan Olimpik!

✿*~ tekan like jika suka dengan apa yang anda baca....tq ~*✿

1 comments:

Wellness, The Next Big Thing said...

satu komen yang menarik dari pandangan seorang peminat dari China terhadap LCW. tanpa tentangan dari LCW bagaimana prestasi LD boleh meningkat

begitu juga dalam politik, tanpa tentangan dan pandangan kritikal dari pembangkang, bagaimana pengurusan Kerajaan memerintah boleh maju?

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.