5.3.12

Wanita Potong Kemaluan Lelaki Tuntut Hutang

Mangsa

IANS melaporkan seorang wanita dan dua ahli keluarganya telah memotong kemaluan seorang lelaki yang datang menuntut hutang, menurut sumber polis di Bihar, India.
Mangsa, Ram Biriksh Prasad, 35, kini bertarung nyawa di sebuah hospital. Lelaki itu tinggal di Kampung Kemai, kira-kira 140 km dari Patna.


Menurut polis, kemaluan Prasad telah dipotong oleh seorang wanita yang dikenal sebagai Pratima Devi dan dua ahli keluarganya.


Prasad memberitahu polis bahawa dia telah memberi suspek pinjaman Rs.7 000 (RM424.40) kira-kira lapan bulan lalu.


"Selepas berulang kali memintanya memulangkan wang tersebut, Pratima Devi menjemput saya ke kediamannya pada malam Jumaat."


"Apabila saya sampai di rumah, dia dan dua orang ahli keluarga mencincang kemaluan saya dengan pisau yang tajam," katanya.


Prasad telah dimasukkan ke hospital selepas ditemui dalam keadaan berlumuran darah. 
Polis telah memfailkan kes terhadap Pratima Devi dan dua orang ahli keluarganya termasuk Budhan Mahto, bapa mentuanya. -DCM

ps : aiyoyooo

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...