9.3.12

Seram .... hantu tanpa kepala heboh difb dan bbm



Sekeping gambar yang dimuatkan dalam sistem Blackberry Messenger (BBM) telah menggemparkan ramai pengguna rangkaian tersebut.

Gambar itu dikatakan diambil di Makassar, Sulawesi Selatan oleh pengirim yang tidak diketahui.

Ia menjadi heboh apabila diceritakan bahawa terdapat HANTU tak berkepala didalam gambar itu.

Jika diteliti, didalamnya tersebut terdapat seorang lelaki dan wanita muda bergambar bersama dengan latar belakang bangunan mirip candi atau kuil zaman lampau. 

Namun, di sebelah kiri gambar tersebut terdapat tubuh manusia yang dikatakan tanpa kepala.

Yang nampak pada pandangan mata kasar, hanya baju dan seluar atau sarung bercorak mirip pakaian lelaki di Sulawesi.

Belum diketahui, apakah gambar ini asli atau hanya rekaan sahaja kerana tiada maklumat lanjut mengenai kejadian itu.





ps: hari tu imej pontianak , ni hantu tanpa kepala pulak....macam-macam je nak bikin gempar...heheheh

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...