
apa nak tulis pasal n3 nih ye.... bagi orang yang sayang dengan kerajaan bien meka memang tak komplen apa la kan bila baca pasal nih.... maklumlah.... duit kerajaan bukan duit kau pun... biasanya camtu lah meka kata.
kabin ni kalau ditengok dengan mata adalah besar reban ayam cuma cantik la tak macam reban ayam tapi takkan lah sampai rm75,000.... cuba bandingkan dengan NI (sila buka)

Tuesday, March 6, 2012
Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Sahkan Kabin SRS RM75,000!

[Sebelum ini ramai yang terkejut dan mengatakan PDO membuat fitnahtentang harga kabin (pondok) SRS ini. Namun, dengan pengesahan oleh Ketua Pengarah terbabit maka ternyata laporan sulit yang diterima PDO ada kebenarannya. Malah, harganya juga tepat dan tidak lari walau satu angka pun. Persoalannya sekarang, benarkah harganya RM75,000, sedangkan ada maklumat mengatakan ia hanya sekitar RM10,000 hingga RM15,000 sahaja. Malah, ada pihak kontraktor yang berani memberi harga RM7,500 sahaja jika projek itu dibuat oleh mereka. Kenapa ia melambung terlalu jauh dari harga sebenar?. Kami akan cuba menyiasat dengan lebih terperinci lagi perkara ini untuk didedahkan. Malah, PDO mengesyaki adanya unsur penyelewengan dalam projek berkenaan, cuma siapa yang mendapat untung masih belum dapat disahkan setakat ini. Ada pihak yang mengatakan RM75,000 itu kalau diberikan kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) untuk jalankan aktiviti mereka, ia nampak lebih afdal daripada SRS yang terkadang ada dan terkadang tidak di kawasan itu].
sumber